Pagi yang damai dan tenang itu membuatkan hati suhaila terasa tenang dan nyaman. Suhaila menguak jendela biliknya. Oleh kerana biliknya berdekatan dengan sebuah taman bunga yang penuh dengan pelbagai jenis bunga, membuatkan dirinya terpanggil untuk membuka tingkap biliknya setiap pagi. "Subhanallah, indahnya ciptaan tuhan". Begitulah reaksinya tiap-tiap pagi. Suhaila bagaikan terkesima dengan pemandangan indah itu.
Hari yang indah itu dilaluinya dengan penuh rasa bersyukur dan penuh pengharapan agar dirinya pada hari ini lebih baik dari semalam. Suhaila memulakan langkahnya dengan kalimah yang mulia. "Bismillahirrohmanirrohim, Ya Allah hamba bersyukur dengan nikmat iman-Mu ini. Maka dengan itu, izinkanlah hamba-Mu ini untuk menjadikan setiap detik masa yang dilalui pada hari ini untuk menambahkan lagi rasa cintaku pada-Mu. Kaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".