Manusia oh manusia, mengapa kau
sering lupa. Acap kali kau beristighfar untuk tidak mengulanginya... Namun, kau
tetap tergelincir dalam taubatmu... Manusia, kehidupan ini adalah
ujian. Analoginya bolehlah dilihat ketika dalam dewan peperiksaan. Begitulah
manusia... kehidupan manusia adalah sebahagian dari ujian. Kuatkan hatimu dalam
melawan anasir2 yang tidak baik. Janganlah kau lupa bahawa syaitan ada
disekelilingmu...
Barangkali kau sudah lupa bahawa ada musuh yang tidak nampak
sedang memerangimu dalam pelbagai sudut. Sebagai manusia yang Allah telah angkat
martabatmu sebagai khalifah bumi kau harus percaya pada diri, bahawa kau
mampu menepis dengan penuh ketegasan.. Ingat!!! keazaman dalam diri penting untuk
kita berubah... beristighfarlah kerana ia boleh menyucikan hati... beringatlah
bahawa kita mempunyai kehidupan lain yang dimulakan dengan kematian.
Amalan
merupakan jawapan yang bakal dijawab bagi menentukan syurga atau
neraka. Beruntunglah bagi sesiapa yang mendapat nikmat terbesar dari Allah atau
ia boleh juga dikenali dengan hadiah dari pencipta kepada manusia yang bergelarKHALIFAH BUMI....
No comments:
Post a Comment