Sohabi

Monday, December 20, 2010

--> Getaran Hati



             Pagi yang damai dan tenang itu membuatkan hati suhaila terasa tenang dan nyaman. Suhaila menguak jendela biliknya. Oleh kerana biliknya berdekatan dengan sebuah taman bunga yang penuh dengan pelbagai jenis bunga, membuatkan dirinya terpanggil untuk membuka tingkap biliknya setiap pagi. "Subhanallah, indahnya ciptaan tuhan". Begitulah reaksinya tiap-tiap pagi. Suhaila bagaikan terkesima dengan pemandangan indah itu.


             Hari yang indah itu dilaluinya dengan penuh rasa bersyukur dan penuh pengharapan agar dirinya pada hari ini lebih baik dari semalam. Suhaila memulakan langkahnya dengan kalimah yang mulia. "Bismillahirrohmanirrohim, Ya Allah hamba bersyukur dengan nikmat iman-Mu ini. Maka dengan itu, izinkanlah hamba-Mu ini untuk menjadikan setiap detik masa yang dilalui pada hari ini untuk menambahkan lagi rasa cintaku pada-Mu. Kaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".


Wednesday, December 8, 2010

--> Manusia yg sentiasa lupa..



            Manusia oh manusia, mengapa kau sering lupa. Acap kali kau beristighfar untuk tidak mengulanginya... Namun, kau tetap tergelincir dalam taubatmu... Manusia, kehidupan ini adalah ujian. Analoginya bolehlah dilihat ketika dalam dewan peperiksaan. Begitulah manusia... kehidupan manusia adalah sebahagian dari ujian. Kuatkan hatimu dalam melawan anasir2 yang tidak baik. Janganlah kau lupa bahawa syaitan ada disekelilingmu...
             Barangkali kau sudah lupa bahawa ada musuh yang tidak nampak sedang memerangimu dalam pelbagai sudut. Sebagai manusia yang Allah telah angkat martabatmu sebagai khalifah bumi kau harus percaya pada diri, bahawa kau mampu menepis dengan penuh ketegasan.. Ingat!!! keazaman dalam diri penting untuk kita berubah... beristighfarlah kerana ia boleh menyucikan hati...  beringatlah bahawa kita mempunyai kehidupan lain yang dimulakan dengan kematian.
           Amalan merupakan jawapan yang bakal dijawab bagi menentukan syurga atau neraka. Beruntunglah bagi sesiapa yang mendapat nikmat terbesar dari Allah atau ia boleh juga dikenali dengan hadiah dari pencipta kepada manusia yang bergelarKHALIFAH BUMI.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...