Pagi yang damai dan tenang itu membuatkan hati suhaila terasa tenang dan nyaman. Suhaila menguak jendela biliknya. Oleh kerana biliknya berdekatan dengan sebuah taman bunga yang penuh dengan pelbagai jenis bunga, membuatkan dirinya terpanggil untuk membuka tingkap biliknya setiap pagi. "Subhanallah, indahnya ciptaan tuhan". Begitulah reaksinya tiap-tiap pagi. Suhaila bagaikan terkesima dengan pemandangan indah itu.
Hari yang indah itu dilaluinya dengan penuh rasa bersyukur dan penuh pengharapan agar dirinya pada hari ini lebih baik dari semalam. Suhaila memulakan langkahnya dengan kalimah yang mulia. "Bismillahirrohmanirrohim, Ya Allah hamba bersyukur dengan nikmat iman-Mu ini. Maka dengan itu, izinkanlah hamba-Mu ini untuk menjadikan setiap detik masa yang dilalui pada hari ini untuk menambahkan lagi rasa cintaku pada-Mu. Kaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".
Dewan Kuliah 1.12 yang tersergam indah itu mampu memuatkan lebih kurang 200 pelajar yang sudah semestinya mampu memberi keselesaan kepada Si Penghuninya. Kuliah pada hari itu dimulakan dengan arahan daripada pensyarah yang meminta semua pelajar agar membentuk 15 kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 10 ahli lelaki dan perempuan. Tanpa disedari hati Suhaila berdegup makin kencang dek kerana arahan supaya lelaki dan perempuan harus ada dalam setiap kumpulan. Perasaan itu timbul bukan kerana Suhaila anti-lelaki tetapi kerana bimbangnya Suhaila sekiranya dia tergelongsor dari batasan syariat.
Kumpulan sudah siap terbentuk. Suhaila melihat sekelilingnya. Kumpulannya terdiri dari 4 lelaki dan 6 perempuan. Walaupun bilangan perempuan lebih banyak namun, hati Suhaila masih tidak reda-reda lagi. Teringatlah Suhaila akan apa yang dikatakan oleh seorang ustaz dalam kuliah maghrib yang dihadirinya tempoh hari. Suhaila bagaikan terngiang-ngiang kembali kata-kata ustaz bahawa ISLAM ITU MUDAH DAN TIDAK MEMBEBANKAN. "Aku harus kuat.Bukankah Islam is the way of life?". Islam tidak pernah menghalang untuk wanita dan lelaki dari berkomunikasi. Sesungguhnya semua umat islam di dunia ini bersaudara.
Ianya merupakan fitrah manusia. Zalimlah jika kita mengharamkan perkara yang halal. Allah telah memberi garis panduan agar manusia tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu Si Durjana. Bab IKHTILAT lah yang mampu memberikan pengetahuan dalam hal berkenaan dengan pergaulan antara lelaki dan perempuan.Kini hati Suhaila semakin tenang. Ditambah pula dengan ayat suci Al-quran yang dipetik dari Suroh Al-Ahzab ayat 32 yang membawa maksud:
Jangalah kamu berkata-kata dengan manja (semasa bercakap
dengan lelaki asing) kerana demikian boleh menimbulkan
keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya
(menaruh tujuan buruk pada kamu)
Suhaila kini berasa makin tenang apabila dia teringat kembali ilmu yang telah diperolehnya sebelum ini. "Alhamdulillah, jalan buntu yang ku lihat tiada penyelesaian kini menjadi luas terbentang." Namun, Suhaila menguatkan hatinya lagi dengan memanjatkan doa pada-Nya agar dia diberi kekuatan untuk menjaga ikhtilat dan suaranya. Kerana suara wanita itu aurat. Kini Suhaila begitu merasai apa yang dikatakan oleh orang disekelilingnya tentang INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT.
No comments:
Post a Comment