UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Sudah 2 minggu ana menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi di bumi USIM ini..terasa penatnya masih tidak hilang..inilah dia cabaran kehidupan dan pengalaman yang mampu memberikan impak yang positif dalam hidup seseorang...
Apabila diri ini melayari bahtera sebagai seorang mahasiswi,ana terasa diriku harus merubah.berubah untuk menjadi lebih proaktif dan excelent dari segi kerohanian mahupun akademik.
Wahai syabab bangunlah .
syabab...
Kau adalah harapan agama,
tangan kau bisa mengubah dunia,
fikiran kau yang kritis mampu menggoncang dunia,
bangunlah syabab,
demi menegakkan agamamu,
demi kehidupan yang indah menantimu,
di akhirat jua restu dari Tuhanmu,
maka bersemangatlah syababku.
mari kita atur langkah,
memantapkan diri dan spiritual,
bagi menongkah kehidupan yang penuh dengan cabaran,
Buatmu sahabat
pabila hatiku menjengah mengingatimu,
hatiku pilu,
pilu dek kerana mengenangkan ukhwah yang terkubu,
berpisahnya kita dek kerana jarak,
jgn kau lupakan ikatan sanubari ini,
kekalkan dalam lautan memorimu..
sahabatku,sesungguhnya dikaulah sahabatku yang mampu membawaku mengenal erti keindahan beribadah.Bersyukurlah kita atas pertemuan yang telah Allah catatkan di luh mahfuz.Sesungguhnya memang indah pertemuan ini walaupun ianya hanya sementara tetapi memberi impak yang besar dalam pengembaraan kehidupanku..Semoga sahabat2 terus kuat dan tetap dengan jalan yang telah Allah tentukan buat kita...
Tulus ingatan dariku,
fatimatuzzahrah_sina
No comments:
Post a Comment