Wahai hati aku tau kau mahu lakukan perkara yang molek...
Duhai hati,ku tahu kau mampu lakukannya...
Duhai hati,teruskanlah niatmu itu..
“tapi,Nafsu suka mengganggu aku”
“Ah kau ni Hati,siapa yang suruh kau ikut kemahuanku..
kau sepatutnya memdidikku”
kata Nafsu dengan penuh keyakinan.. “kau tak ingatkah bagaimana Allah melemahkan aku?” Nafsu cuba mempertahankan dirinya.Namun Nafsu tidak sedar yang kata-katanya itu akan menundukkannya nanti...
Dengan rasa rendah dirinya,Hati berkata, ”Ya aku ingat..” Jauh di sudut hatinya sudah terpancar sedikit cahaya...
Puasa!!!
Duhai Nafsu berbuat baiklah kamu,janganlah kamu hanya ingin mementingkan diri kamu sahaja dalam mentadbir seseorang.Berkerjasamalah dengan Akal dan Hati..pasti kau akan diangkat mulia oleh Allah kelak..
Ya ALLAH..
Bantulah aku dan temanku yang berjuang demi ilmu..
Terangilah hati kami dengan nur hidayahMU umpama purnama ditengah malam,
Serikanlah wajah kami tika jasad kami diselimuti lelah..
Temankan istiqamah dan kesungguhan dalam diri kami agar tiada putus asa..
Semailah jiwa kami dengan ketenangan & kesabaran &
Hadirkanlah senyuman kesyukuran tika kejayaan menyapa..
No comments:
Post a Comment