“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang yang beriman”
(al-imran:139)
Alhamdulillah,2 hari yang lepas keputusan kemasukan u dah pun keluar.Bersyukur sangat sebab ana dapat masuk universiti yang islamik.Ana bimbang kalau-kalau dapat university yang sosialnya tinggi.Ana takut ana tak mampu untuk berdiri.
Kepada semua sahabat2 ana nak ucapkan tahniah atas kejayaan yang antum dan antunna semua perolehi.Sesungguhnya Allah tahu yang terbaik buatmu sahabat.Apabila kita menerima sesuatu yang kita sendiri tidak selesa maka ingatlah bahawa Allah adalah pencipta kita.Dia Maha Mengetahui apa sebernarnya yang ditakdirkan pada kita.Sebenarnya Allah nak tunjukkan kelebihan kita di mana…jadi,gunakanlah kesempatan yang kita dapat ni bagi memperbaiki kelemahan kita dengan lebih yakin dan bersemangat.Semuanya kerana apa? Kerana Allah yang memberi.
Adalah zaman dulu-dulu,ada sorang pak cik ni,Abul Hasan.Dia ni tengah haji di Baitul Haram.Sedang dia tawaf,tiba-tiba…wa…apa ye?pak cik ni Nampak seorang wanita.Eh,bukan wanita sebarangan tau..tapi,wanita ni,mukanya bersinar dan berseri.tak payah pakai Olay pon.Pastu,pak cik ni pon cakap .
“Demi Allah,belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,mesti dia tidak pernah risau dan bersedih”.Nak dijadikan ceerita,atas izin Allah,wanita itu terdengar apa yang dikatakan oleh pak cik tadi.Agaknya dia tak setuju dengan kata-kata Abul Hasan,jadi wanita tadi pon berkata kepada Abul Hasan
“Apa katamu hai saudaraku?Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau dan seorang pon dalam menyekutui aku”
Hah,faham tak dia kata apa?maksudnya,hidup dia pun sebenarnya banyak masalah.Abul Hasan pun bertanya apa sangatlah masalah dia tu.Sahabat-sahabat nak tau taka pa masalah dia?Jawab wanita itu….
“Aku punya 2 org anak yang sudah boleh bermain dan seorang anak yang masih menyusu.Pada suatu hari,ketika suamiku menyembelih daging korban,anakku yang agak besar berkata pada adiknya,
“Hai adikku,sukakah kau jika aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?”Si adik pun bersetuju.Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana dia di makan oleh serigala.Lalu ayahnya pergi mancaria anknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku,tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas.ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.Berita ini terdengar kepada anakku yang sudah berkahwin dan tinggal di daerah lain,maka jatuh pengsan hinnga ke ajalnya.Kini aku tinggal sebatang kara”.
Lalu wanita ini pun berkata..
“Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dan mengeluh melainkan ia menemukan antara keduanya ada jalan yang berbeza.Degan bersabar,kita memperbaiki hal yang terjadi lalu akibatnya hal itu menjadi baik dan terpuji,apabila mengeluh kita tidak akan mendapat apa-apa sekalipun.”
Macam mana? Kita ni di mana ya? Jenis yang bersabar ka atau yang suka mengeluh? Fikir-fikirkan…
Wasalam..
No comments:
Post a Comment