Assalamualaikum kpd semua sahabat2...
Kehidupan ini kita lalui ada pasang surutnya... Macam kehidupan ana di bumi Nilai ni. Banyak perkara yg perlu dilalui dengan penuh sabar dan bersangka baik. Post kali ini, ana rasa nak cerita tentang kehidupan seorang pelajar. Kisahnya bermula dengan suatu malam.....
Adala sekumpulan pelajar yang dah ditentukan kmpln tutornya. Pasa mulanya Giah(bkn nama sebenar) berasa sgt takut kerana takut dirinya tak dpt nak sesuaikan diri dgn kwn2 baru. Tapi, selepas dia menjalani kehidupan bersama hampir 6 bulan Giah merasa sgt sayang akan kwn2nya. Malah Giah dapat rasakan yg dia sudah menemuai sahabatnya di situ. Anggapan yg awalnya td meleset sama sekali. Dalam dia terus melayari kehidupan bersama-sama rakannya dengan gembira tiba-tiba pada suatu malam....
"kenapa roomate (kwn kelas juga) asyik kluar masuk blik je dr td?" hati Giah mula tertanya-tanya. Tanpa sebarang anggapan Giah terus bertanya, "Hajar (bkn nama sbnr) buat apa?" Giah bertanya. Hajar pula membalas, " bincang arab dengan bdk kelas sume". Hati Giah tiba-tiba rasa tersentap. Kenapa dia tidak diajak sekali untuk perbincangan @ study group ni?. Sungguh terkilan hati Giah. Giah pon membawa dirinya...
Pengajarannya:-
1) Hargailah org yg ada didepan kita. Mungkin bg dia kitalah yg terbaik bgnya. Janganlah punahkan harapan mereka dengan perangai yg mcm cerita di atas.
2) Cubalah menjadi seorang rakan yg sensetif terhadap perasaan rakannya yang lain... Percayalah dengan anda membuat macam 2, rakan2 anda akan berasa sgt selesa bila bersama dgn anda.
3) Hati manusia ni lain2, jika kita da berkawan lama cubalah jadi seorang rakan yg baik utk kwn2nya. Fikirlah bahawa kita sume ni sedara seislam. Kalau sedare mestila kita nak tlg dia kan klu dia ada masalah? jd jgn biarkan rakan anda sedih dgn sikap kanu...
4) Itulah perlunya sikap maaf memaafi. Setiap manusia mesti ada buat silap. Jadi kalau da sedar kita ada salah kat rakan or sape2 je.. minta maaf terus supaya luka yg ada di dalam hati x kan bernanah..
p/s: ana sebenarnya sekarang sedang mencari seorang sahabat yg mampu bersama dalam senang dan susah...erm,,, rupanya susah jugak ye nak cari seorang sahabat.. =( kalau kawan memang ramai tapi sanabat? Hanya tuhan yg tahu...
No comments:
Post a Comment