-->

SELAMAT DATANG (^^,)


Sohabi

Thursday, May 16, 2013

--> Hikmah ujian


بسم الله الرحمن الرحيم
أسلام عليكم



Sudah lama rasanya aku tinggalkan blog ini. Ingat lagi suatu ketika dahulu, aku mula-mula berjinak-jinak dengan blog. Banyak yang ingin ku kongsikan. Sungguh aku rindukan diriku pada saat itu. Tetapi Allah maha tahu, setiapa apa yang berlaku pada hambanya pasti ada tersebunyi hikmah buat dirinya. Cuma kadang-kadang, hamba yang lemah ini selalu memandang sesuatu dari sudut negatif.

Alhamdulillah, ujian yang tuhan berikan adalah yang terbaik buat hambanya. Pasti ada kebaikan yang belum dilihat. Astaghfirullahalazim, lemah kan kita ni... tetapi Allah itu Maha Mulia dan Pemberi rahmat. Walaupun hambanya melakukan banyak kesalahan, namun masih lagi diberi peluang demi peluang. Maha tinggi sifat PemurahNya.

Mari sama-sama kita muhasabah kembali diri kita... Ya Allah,sungguh kerdil hamba di alam Mu ini... Kehidupan hamba bergantung kepada rahmatMu. Namun, aku masih alpa dan lalai kepadaMu, astaghfirullahalazim.... 

"Ya Allah pujian untuk Mu seluas langit dan bumi, hanya Engkau terpuji Ya Allah,
 hamba berterima kasih pada-Mu yang telah memberi kesempatan hamba bertaubat, 

Ya Allah sampaikan selawat salam untuk Rasul-Mu yang mulia, keluarga, dan para sahabat yang menyertainya. Ya Rabbana kami telah menzalimi diri kami dengan banyak berbuat maksiat, kalau Engkau tidak ampuni dan rahmati kami, nescaya kami termasuk mahluk-Mu yang celaka.

Ya Allah tidak ada sesuatupun tersembunyi dimatamu, alangkah malunya hamba, alangkah hinanya hamba, alangkah kotornya hamba, rasa malu untuk hamba menyebut nama-Mu yang suci lagi mulia, sementara hamba ini penuh dengan lumuran dosa, tetapi Engkau dengan rahmat-Mu masih memberi kesempatan hamba untuk bertaubat

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Menerima Taubat, terimalah taubat hamba, ampunilah seluruh dosa hamba, maafkan seluruh kesalahan hamba, hijrahkan hamba menjadi hamba-Mu yang sungguh-sungguh takut pada-Mu dan takut dahsyatnya hari pembalasan... sungguh-sungguh taat pada-Mu... sungguh-sungguh memperbaiki diri ...sungguh-sungguh tidak maksiat lagi.

Ya Allah, hamba ingin bahagia selama-lamanya di akhirat... 

ya Allah, kabulkan doa hamba... Aamiin.

Alhamdulillah, moga-moga tuhan bukakan hati kita untuk terus beribadah kepadaNya. Ya Allah, kurniakanlah sifat istiqomah dalam diri hamba... 

Dalam kita ingin bertaubat, pasti Allah akan menguji kita..Justeru, mohonlah agar hati kita diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Semoga dengan berkat kesabaran dapat menebus dosa-dosa yang pernah kita calitkan di dalam seketul danging yang diberi nama hati... 

Astaghfirullahalazim....

Allahua'alam...

at 1:04 AM 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Friday, May 10, 2013

--> Berfikiran Positif Dan Optimis



Sumber: iluvislam
Dunia seakan-akan gelap. Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh. Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?
Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. Semua insan pernah gagal. Kerana gagal adalah guru.
Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai matlamat kita. 
Bijak pandai pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri."
Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.
Sayangi diri.
Buatlah sesuatu demi kebaikannya dan yang memberi manfaat buatnya.
Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tetapi lebih dari itu.
Kisah Guru Dan Murid
Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"
Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"
Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?"
"Belajar sungguh-sungguh!"
"Jaga hati!"
"Pakai topi keledar!''
Maka kata si guru,
"Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima."
Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.
Kenapa?
Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.
Kisah Lelaki dan Jadual Penerbangannya
Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah. Katanya, "Bagus!"
Maka orang di sekelilingnya hairan. Bukankah sepatutnya lelaki itu marah.
"Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?"
"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya. Kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!"
"Bagus!"
Dan orang di sekelilingnya bertambah hairan.
"Kenapa bagus?".
"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Terdapat makanan dan kopi panas di kafeteria. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu."
Dan orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Seraya berkata, "Hebat!"
Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata dan pastinya keputusan. Ia memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif. Sentiasa positif dan optimis!
Saya tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terdapat dalam sebuah buku motivasi "Menuju Kejayaan."
"Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah."
at 2:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Friday, January 11, 2013

--> Semoga Tuhan Berkatimu....



“Mas ingat tak akak kata kalau tak maafkan dan lupakan kesalahan orang hati jadi tak tenang?” Kakak sebilik tiba-tiba bersuara, mengingatkan saya perihal perbualan selepas solat Subuh tadi.

“A ah, kenapa kak?” Berkerut dahi saya cuba memahami apa yang cuba disampaikan.

"Mas, tadi akak dengar tazkirah kat ikim, ada ustazah tu kata, satu hari dia rasa sesak sangat dada, lepas tu dia buka Al-Quran, terus terbuka surah Taha, lepastu dia rasa mcm Allah bercakap dengan dia.

"Cakap apa kak?"

apa kesudahannya? klik di sini.. =)
at 10:03 AM 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Wednesday, January 9, 2013

--> Susahnya nak masuk..!!! eeee... geramnya..

بسم الله الرحمن الرحيم
أسلام عليكم

Sekarang ni musim-musim exam... bila baca slide atau buku kadang-kadang bila dah stress mest akan ada rasa putus asa dan lemah nak baca buku... kita sebagai umat islam perlu ikuti adab-adab untuk belajar.. barulah ilmu yang kita perolehi dan belajar akan lebih mudah masuk dan diberkati... jadi di sini, saya ada tips nak kongsi dengan kawan-kawan semua... dapat dari iLuvislam... Ianya sangat-sangat berguna untuk semua student... slamat beramal... (^^,)/ .....

Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

apa kesudahannya? klik di sini.. =)
at 12:25 PM 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Monday, December 31, 2012

--> Renungan bersama..

بسم الله الرحمن الرحيم
أسلام عليكم

Semoga hari ini lebih baik dari semalam... alhamdulillah hari ni dalam berjalan2 di FB dapat 1 ilmu ni... muhasabah dan renungan untuk kita semua.. jgnlah lihat kpd diriku yg hina ini tp lihatlah pd apa yg ingin ku kongsikan ya.. semoga ianya memberi faedah kepada ku dan juga semua pembancanya... in sha Allah...




LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect sgt..!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

1. Awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

2. Kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

3. Lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dah bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Assalamualaikum .

LELAKI : Waalaikumussalam

Subhanallah.... jgnlah kita cuba2 untuk mendekati zina... kerana azabnya di akhirat sgt besar,,, Allahua'alam... sesungguhnya diri ini byk dosa yg telah dilakukan... 



at 2:00 PM 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Wednesday, November 14, 2012

--> Apa mksd rama-rama?

بسم الله الرحمن الرحيم
أسلام عليكم



"Sara,knp kau suka sgt dengan rama2?" seorang rakanku bertanya...

aku hanya tersenyum...

Jom saya terangkn...knp sy suka rama-rama... 

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.



at 3:28 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Idea Bisnes untuk Pelajar Universiti

My Blackboard.. :)

Langkah kejayaan

Rasulallah bersabda;'Malu bagi lelaki itu baik,namun malu bagi wanita itu terlebih baik'.

..::i'll try to change::..

..::i'll try to change::..
"....Ya Allah berikanlah kami hidayah dan petunjuk agar terus dapat mengenali-Mu.."

..::ikhlas dariku::..

..::ikhlas dariku::..
“......Kecantikan yang hakiki terletak pada akhlaknya.....”

..::analisa siapa kita::..

".....brbicaralah dgn hati kita ttg iman,bncanglah dgn anggota ttg amalan,maka dgn itu dapatlah konklusi dan solusi untuk mnambah apa yg terkurang..." insha-Allah~

Sajak Aminah Qutb

Sekiranya
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

.....
.......

*Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya..

Habiburrohman

Habiburrohman
Sekiranya kita cinta pada manusia tak semestinya manusia cinta pada kita.Tetapi sekiranya kita cinta kpd Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

..::Langkah Menyokong Gaza::..

1) Ikuti kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh hero-hero di Gaza dengan bantuan Allah SWT setiap hari, seperti beberapa orang askar yahudi yang dapat ditewaskan dan beberapa buah kereta kebal yang dapat ditumpaskan

2) Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin seperti ceramah dan seminar.

3) Muat turun gambar-gambar kekejaman Zionis dan sebarkan seluas-luasnya melalui e-mail, telefon, print, dan sebagainya.

4) Ingat Palestin dalam doa dan solat.

5) Boikot! Boikot! Boikot! barangan Israel dan Amareka.

6) Jadikan isu Palestin topik penting perbincangan di kalangan kawan-kawan. jadikan ia isu pertama yang kamu bicarakan selepas bertanya khabar seseorang..

The truely of beautiful

The truely of beautiful
“....Kecantikan batin boleh menambah kecantikan lahir, kecantikan lahir boleh mengurangkan kecantikan batin, kecantikan lahir tidak bererti tanpa kecantikan batin....”

Jalin Ukhwah

~SAHABAT~

  • LiveTheLife
  • Ukhti Zulaikha
  • .. Satu Fikrah , Satu Amal ..
  • Ukhti Jannah
  • Ukhti Sakinah
  • Perjuangan Belum Berakhir...
  • Perjalanan Menuju CintaNYA~
  • |mujaheedahgoten|
  • PELAPIS GOLONGAN MASHOORI
  • Ukhti Saliha
  • [jalanstraightdontbelok2]
  • generasi Muda
  • Akhi Luqman
  • Ukhti Fatin
  • Ukhti Afifah

best blog =]

  • temerity
  • MENCARI DAN TERUS MENCARI DAMAI YANG HILANG
  • Bayyinat
  • It's Life... Wake up from the past =)
  • BroHamzah
  • Secangkir bicara
  • BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR
  • SHAHRUL AKBAR
  • LIFE is HARD to IMAGINE (^_____^ )/
  • :SpreaD The LoVe:
  • hidayahamin
  • lakaranHIDUPKU
  • Hatiku Ohikaku
  • I Love Allah

Bloger USIM

  • Students' Representative Council | Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Mieza
  • !!...*..ainasuhaluvherlife..*...!!
  • SPMM USIM
  • Bisikannuraniku
  • ♥perjalanan seorang hamba♥
  • Muhammad Nurishaq
  • Paan Lao
  • Ain Nasuha
  • MY HEART...
  • USIM Bloggers United
  • ~WELCOME to initiator WORLD~
  • Indahnya berusrah
  • One Step Closer

Rakan dari SAMTTAR

  • Sahabat Sejati
  • MENCARI CINTAMU ILLAHI

SENIOR

  • Ustz Saiful
  • Ustzh Husna
  • It's my Life!
  • N.A.S.nurulainshohor
  • Ustzh yasmeen
  • Ustzh Atikah
  • LAYAR AKSARA TARBIYYAH...
  • TOWARDS GENERATING ISLAMIC PROFESSIONAL
  • Ustaz Munzir

Salam Ta'aruf.. ;)

My photo
IZZATUL HANIS SHAARI
Hanya seorang insan yang masih mencari diri dan kemanisan iman..
View my complete profile

posting

  • ▼  2018 (1)
    • ▼  September (1)
      • Kini aku kembali
  • ►  2016 (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2015 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (5)
    • ►  June (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (31)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (5)
    • ►  March (2)
    • ►  February (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (39)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (3)
    • ►  June (20)

Langkahku...

  • aktiviti USIM (3)
  • idola (4)
  • Kata hati (25)
  • MUAMALAT (5)
  • Perkongsian ilmu (24)
  • secoret rasa (1)
  • wanita (5)

Jemput masuk

  • iluvislam
  • islam4peace.net
  • murabbi.net
  • saifulislam.com

~~Habibullah~~


click to create your own

~~ syukran ~~

click to create your own

~~Acuan Al-quran~~

~~Acuan Al-quran~~

Link Pelangi

(^_^)

Home Art


DASHBOARD

Picture Window theme. Powered by Blogger.