بسم الله الرحمن الرحيم
أسلام عليكم
"Sara,knp kau suka sgt dengan rama2?" seorang rakanku bertanya...
aku hanya tersenyum...
Jom saya terangkn...knp sy suka rama-rama...
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama,
kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat
rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana
pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak
kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang
melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari
anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin.
Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya
telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat
turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang
fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula
tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa
corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan
lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak
pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa
membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada
kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong
tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan
evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi
sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk
sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu
mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda
digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka
yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari
ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu
bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi
diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan
itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah
memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri
anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah
itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia,
dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia
mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak
pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak
pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda
ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai
anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak
mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam
tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu
hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri,
anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki
yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai
anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas.
Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang
bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan
semua orang.
No comments:
Post a Comment