Assalamualaikum.
Pernah tak kita dilanda ujian hingga kita rasa nak lari jauh-jauh sampai ke hujung dunia?
Atau pernah tak kita rasa nak terjun bangunan jelah, atau pun bila kita tengok kematian kita rasa untungnya orang tu dah tak perlu fikir ujian kat dunia.
Selalu tak kita dengar orang kata, "Sabarlah.." Dan kita pula rasa nak gaduh je dengan insan tersebut. Alaaa kamu tak kena, boleh lah cakap sabar. Cuba kena, tengok sabar ke tak?
Selalunya, bila ujian datang, akan ada sahabat yang baik menasihati, "Sahabat Nabi dulu, rindu kat ujian. kalau takde ujian dia rasa Allah tak sayang dah."
Maka ada pula suara membalas, "Tu sahabat bolehlah!"
Aduhai, habis tu kalau kita tak nak tiru sahabat Nabi, kita nak tiru siapa? Adakah kita nak tiru Britney Spears atau pun kita nak tiru Lee Min Ho?
Maaflah saya dah lama tak update blog. Sebenarnya itu satu ujian juga buat saya. Betapalah nak melawan nafsu malas menaip bila kerja dah berlambak.
Apa-apa pun, tak ada istilah tiada masa bagi kita. yang ada hanyalah tak pandai menguruskan masa.
Lumrah
waktu sekolah dulu.. banyakk sangat ujian yang cikgu bagi kan? ujian bulananlah, ujian pertengahan tahun lah. ish serabutlah, kenapa nak ada banyak-banyak ujian ni?
Lepas habis ujian, dapat pulak nombor dalam kelas. Bila nombor corot, kena marah dengan mak. Kadang-kadang rasa malu pula nak datang sekolah jumpa cikgu.
Tapi dengan ujian tu, cikgu tahu prestasi kita tahap mana dan ujian tu merupakan latih tubi untuk kita menghadapi periksa yang lebih besar..macam UPSR,PMR dan SPM.
Ha! Macam tu jugalah dengan kehidupan.
Cuma ujian tu Allah yang bagi supaya Allah boleh naikkan ranking kita di hadapan Allah. Kalau dulu ranking ke seratus puluh juta ribu, lepas ujian datang, kita sabar dan berjaya melepasinya, mungkin naik ranking kita ke top 10. siapa tahu?
Tapi...kalau kita tak sabar, asyik caci maki situ sini, asyik salahkan orang tu orang ni. Hm, dapat nombor corotlah kita di hadapan Allah. bila dapat nombor corot, sampai satu saat kita nak jumpa Allah, tak ke rasa malu? pandang kiri, member baik duduk sebelah meja waktu sekolah dulu dapat top 20 di hadapan Allah, pandang kanan, jiran sebelah anak Pak Abu dapat top 10 di hadapan Allah. Kita? aish, malulah nak cakap nombor berapa.
Sebab Allah tu Maha Baik, Allah bagi ujian untuk kita mantapkan diri dalam menghadapi ujian-ujian akan datang yang lebih hebat lagi.
Kadang-kadang kita fail juga kan dengan ujian Allah? Alah..macam ujian kat sekolah dulu kita dapat markah rendah. Kalau kita stop, kita taknak belajar lagi..sampai bila-bila lah kita tak berjaya.
dengan ujian Allah ni, kalau kita fail, kita cuba lagi lagi lagi dan lagi. Hei, takkanlah kita tak pernah putus asa buat dosa, tapi cepat sangat putus asa nak masuk syurga?
Kalam Indah
Dan janganlah bimbang saudaraku, kerana Allah telah memujuk kita menghadapi ujianNya dengan kalamNya yang indah :
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(As-Syarh : 5-6)
Jadi, jangan sedih lagi. Marilah tersenyum dan ucaplah Alhamdulillah! :)
Wallahu'alam
Read more: http://masturamohdyusuf.blogspot.com/2013/07/bersyukur-dengan-ujian.html#ixzz2b8k1Rh21
No comments:
Post a Comment