Hidup manusia umpama rama-rama yg bila sampai masanya akan pergi meninggalkan dunia ini... Kenanglah daku dlm doamu sahabat... |
Hanya pada-Mu ya Allah hamba berserah..hanya pada-Mu jua hamba pohonkan agar bimbinglah hamba ke jalan yang Engkau Redhoi... pimpinlah tangan hamba untuk terus berada di atas landasan-Mu.. hamba tidak ingin pergi dari sisi-Mu..
Ya Allah,
Izinkanlah hamba ini menjadi sekuntum bunga,
yg dihiasi dgn kelopak akhlak mulia,
harum wanginya dgn ilmu agama,
cantiknya kerana iman dan taqwa,
namun keindahan zahirnya disimpan rapi,
biar menjadi rahsia yg kekal abadi,
bukan perhatian mata ajnabi,
yg menjadi punca fitnah hati dr lelaki berjiwa sepi,
wajahnya bukan mengundang dosa,
timbulkan duri yang memagari diri agar terpelihara dari noda
duniawi yg menghilang harum sejati untuk Kau calonkan diriku sebagai
BIDADARI SYURGA....
untukmu sahabat-sahabat yang sentiasa berada di sisi diri ini... diriku yang kerdil ini memohon kemaafan kepada sahabat-sahabatku semua... entah berapa detik lagi kita akan bertemu.... itu semua rahsia Allah... maafkanlah diri ini andai ada kata-kata dan tingkah laku yg tidak disenangi... diri ini hanya mampu berdoa pada Yang Maha Esa.....
Ya Allah,
cintakanlah hati2 ini di atas jalan Islam-Mu..
jauhkanlah cinta ini dari perkara maksiat dan nafsu yang menyumbang kami
jauh dari perjuangan...
Ya Allah,
jgn pisahkan ikatan hati kami setelah ia bertaut untuk menggapai redha-Mu..
tenangkanlah hati...
damaikanlah jiwa kami tatkala di uji iman kami yg hanya sedikit cuma...
Ya Allah,
jgn Kau rapuh dan lunturkan hati kami untuk sebaris di saf para ansorullah...
dengarlah sahabat... sungguh, aku amat menyayangimu... jika aku melakukan sesuatu yang kau tidak senangi maafkanlah...kerana bukan itu yg ku niatkan... bukan jua kerana aku membencimu... sekiranya aku pergi meninggalkanmu.... kenanglah daku dalam doamu sahabat....
p/s: khas buat sahabat-sahabatku (KMPP/BMA3/BMA2)
=)
ReplyDelete