Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, dapat juga ana teruskan penulisan ana bawah tajuk needs or wants ni.. Ana sengaja gunakan tajuk ini untuk dicoretkan. Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita ini selalu melebihkan keperluan berbanding kehendak..?? dengan bahasa yang mudah adakah kita ini selalu mengikut nafsu untuk beli satu barang tu atau kita akan berfikir dahulu...??
Disamping ana menulis ni ana sebenarnya mengingatkan diri ana supaya tidak boros dalam berbelanja..
Pada post yang lepas ana ada menerangkan serba sedikit maksud antara keperluan dan kehendak.. Agak-agaknya faham tak ye..?? ermmm... kalau tak faham bagi tau la ye...
Islam ada mengajar kita tentang amalan jimat-cermat. Buktinya cuba kita lihat dalam Suroh Al-isra' ayat 26-27 yang menyatakan bahawa kita perlu membelanjakan harta kita pada jalan yang diredhai Allah.
Bukankah kita dituntut untuk melihat orang yang lebih rendah tarafnya dari kita. Contohnya sekiranya kita mempunyai motorsikal tetapi kita masih lagi merungut dek kerana rasa penat untuk berulang-alik ke pejabat atau sebagainya. Cuba kita lihat pula kehidupan orang yang hanya menaiki kenderaan awam. Mereka terpaksa berhimpit-himpit bagi mendapatkan tempat yang selesa malah mereka terpaksa juga untuk keluar awal bagi mengelakkan sebarang masalah.
Bukan islam tidak memberi peluang pada kita untuk maju akan tetapi sekiranya pendapatan kita itu masih kurang maka bersyukurlah dengan apa yang ada. Bersederhanalah kita dalam meniti kehidupan yang hanya sementara ini. Bak kata orang dahulu "ukurlah di baju sendiri".. jangan pula kita ikut kata-kata yang mengatakan "Biar papa asal bergaya"..
Oleh itu, dalam kesempatan ini mari kita kaji semula apa yang telah kita lakukan. Adakah kita ini terlalu mengikutkan nafsu..?? INGAT!!! membazir itu kawan syaitan.... Oleh yang demikian,apa yang penting antara kita sesama manusia ini adalah untuk saling ingat mengingti antara satu sama lain kerana kita semua bersaudara. Janganlah biarkan saudara yang kita sayangi itu hanyut begitu sahaja...
Waallahua'lam...
No comments:
Post a Comment