Assalamualaikum...
Hayatila kata-kata di bawah agar kita semua tidak alpa akan cinta yang hakiki. Kejarlah cinta Allah kerana hanya hamba yang benar-benar cintakan-Nya akan mempu merasai cinta-Nya..
Jangan kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu..
atau kau kepunyaan si dia..
kerana hakikatnya...
kau tidak pernah memiliki sesiapa pun..
walau sekeping hati seorang insan..
Tidakkah kau sedar..??
Hukum alam menyatakan.
Mencintai tak semestinya memiliki..
Manusia pandai berpura-pura..
Berlakon di pentas dunia..
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati..
tidak pernah berdusta pada empunya..
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya..
Tidakkah kau sedar..
Mungkin si dia melafazkan..
ungkapan cinta buatmu..
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu..
Dia hanya berselindung..
di sebalik sejuta alasan..
Dan kau...
Begitu setia dan jujur mencintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
mencintai tidak bermakna memiliki..
sesungguhnya...