Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah masih lagi dikurniakan hayat walau diri ini banyak melakukan dosa. Tajuk kali ini sebenarnya ada kaitan dgn perasaan saya sekarang. Perasaab sedih yang datang ni pun kurniaan Allah untuk hambanya merasai rencah kehidupan di dunia ni... Alhamdulillah saya merasa sedih...
Tidak dinafikan susah untuk tetap tersenyum jika kita punyai sesuatu yang sedang mengganggu perasaan kita. Namun jika kita pilih untuk senyum sebenarnya kita cuba untuk menguatkan diri kita. Dengan mengingati Allah hatimu akan tenang... Alhamdulillah...
Kesedihan, kegembiraan, kemiskinan dan kekayaan semuanya adalah ujian dari Allah.. Semoga semua itu akan membuatkan kita lebih mengingati Allah dalam apa jua keadaan. Ujian yang dalam hidup saya ni membuatkan saya berfikir sedalamnya. Saya temuinya dalam solat. Alhamdulillah. Benarlah kata Allah. Dengan mengingatiNya hati akan tenang.
Ini antara tips yang saya temui dalam diri saya untuk terus TERSENYUM DALAM HATI YANG SEDIH :-
1) Dekatkan diri pada Allah, SOLAT JANGAN TINGGAL.
2) Elakkan dari berfikir tentang perkara yang menyedihkan hati kamu.
3) Bangun malam. QIAMULLAIL...
Ini antara mengajaran dan cara yang saya boleh sarankan kepada sesiapa yang sedang bersedih.. Mungkin boleh membantu sedikit sebanyak.. Sebenearnya saya pernah bercakap dgn sahabat baik saya apabila kami ditimpa kesedihan yang melampau, " KUATKAN IMAN".
Pada masa tu saya mengeluarkan kata-kata itu dengan keyakinan bahawa itu sahajalah ubat untuk hilangkan kesedihan. Saya sendiri tak sanggup nak melihat kesedihan sahabt baik saya tu. Setelah beberapa bulan, saya pula merasakan kesedihan yang pernah dia rasakan, saya lupa akan kata-kata saya.
Alhamdulillah akhirnya saya sedar bahawa DENGAN MENGINGATI ALLAH HATIKAN TENANG. Semoga lauahan ini dapat membantu para pembaca meringankan kekusutan khususnya bagi mereka yang sedang tersenyum dalam kesedihan..
Saya dialog dalam hati saya ;

Duhai hati,
Kuatlah kamu,
Gembirakanlah hati kamu,
Cinta bermaksud kita mahu yang terbaik untuknya,
Cinta bermaksud kita yakin denganNya,
Teruskanlah tersenyum,
Agar hatuku bisa Redha akan ketentuanNya,
bersabarlah...
Allah maha mengetahui...
Yakinlah akan perasaanmu,
Jika perasaanmu itu baik,
serahkanlah ia pada Allah...
Tidak perlu kau luahkan pada manusia hina dina...
Jadilah wanita solehah...
Itu sasaranmu kini...!!!!
Allahua'lam.. Segala yang saya kongsikan ini diharap dapat dijadikan sebagai motivasi. Jika baik ambillah, jika sebaliknya maafkanlah saya.
Akhir sekali, sebuah sajak yang hendak saya persembahkan;
Saat kita menempuhi onak duri dunia
Derita sekali sekala mencuit hati
Hati remuk menangis tidak henti
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi
Dalam terharu, air mata tertumpah juga
Wahai hamba ILAHI
Begitulah kehidupan di dunia
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka
Apa yang ALLAH aturkan untuk kita
Adakalanya kita tersangat gembira, Adakalanya kita tersangat kecewa
Namun… Jangan risau manusia
ALLAH itu tuhan kita, Tuhan yang Maha Luas Kasih SayangNya
Percayalah, ALLAH tidak akan menduga hambaNya
Kecuali untuk melihat hambaNya
Tersenyum di sana, Tertawa di sana, Berbahagia di sana
Insya’Allah di Syurga, Yang mengalir dibawahnya
Sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
Oh, indahnya!
Di dalam hati manusia ada kekusutan
Dan tidak akan terurai, Kecuali menerima kehendak ALLAH S.W.T.
Wahai hamba ALLAH,
Jangan bersedih, kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin
dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya.
Kesedihan demi kesedihan
Bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan
Dan dunia yang luas dirasakan sempit Dan tidak lagi berguna.
Padahal dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada ALLAH
Untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah
Serta bebas daripada rasa kesedihan.
Gara-gara kesedihan
Air yang manis akan terasa pahit
Makanan lazat terasa hambar
Bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu
Ingatlah
Tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata
Mengalir hangat di pipi
Lantaran terasa diri kita begitu kerdi di sisi ALLAH
Dan begitu berdosanya diri kita di sisi ALLAH
Wahai hamba ALLAH
Lihat disekeliling kamu
Dan teguhkan pendirianmu
Sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah putus asa
Senyuman yang kau berikan
Dan air mata yang kau titiskan
Simpan… jadikan tauladan
Segala yang kau pandang dan dengar
Simpan buat pedoman…