Sohabi
Wednesday, July 10, 2013
--> Ramadhan kareem..
Semoga Ramadhan kali ini adalah suatu langkah ke arah kebaikan.... |
Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk berjumpa Ramadhan kali ni. Allah masih beri kita hambanya peluang untuk mengumpul amal untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Bagi mereka yang belum cakna fadhilat bulan Ramadhan, sama-sama kita cari ilmunya... inshaallah.. disini saya ingin kongsikan 10 kesalahan-kesalahan yang paling hot ketika Ramadhan ni..
1- Tidak sahur
Puasa org yahudi dan orang islam sama tapi, yang membezakan adalah orang Islam ada sahur. Sahurlah walaupun segelas air kosong. Kalau rasa malas sangat, sebelum tidur bawak air siap-siap. Bangun blh terus minum.
2- Sahur terlalu awal.
3- Terlebih tidur
Apabila seseorang itu telalu banyak tidur, badan akan menjadi lemah diikuti otak yang lemah. Namun, tidur juga boleh dijadikan sebagai ibadah. Bagaimana caranya? cuba cari... =)
4- Berbuka secara buffet sampai buncit
Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang! Kuang kuang kuang..
5- Membazar hingga membazir.
Lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.
6- Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal
7- Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr
Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!
8- Puasa tapi tak solat.
Pahala puasa pending , sebab tak solat. Ayoyo!
9- Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
Bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.
10- Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.
Ramadhan Kareem!
Selamat berpuasa.
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever! 💯✔
Ikhlas Lillahi Ta'ala. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)