Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum..
Dah lama dah tak update blog ni. Tapi perjuangan harus diteruskan.. kan? Jadi post kali ini ana nak ingatkan diri ana dan semua sahabat ana. kerana apa ana perlu ingatkan? kerana manusia itu sifatnya adalah pelupa. Jika lihat pada tajuk pon da dapat tau yang post kali ni khas buat para wanita. Tapi kalau kaum adam nak baca pon apa salahnya. Jadikan ianya sebagai pengetahuan yang akan dapat membimbing hidup kita semua. Insyaallah...
untukmu wanita |
Aku ingin bergelar muslimah
Tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
Aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
Aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
tetapi mana mungkin auratku terdedah
Kerana aku ingin bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah
Pergaulanku perlu dijaga
Pertuturanku perlu berpada-pada
Takut pula nanti ada yang menaruh cinta
Aku perlu tabah dan cekal beriman
Kerana aku tentunya ingin bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah
Dan aku tahu ianya bukan mudah
Tetapi aku yakin dengan janji Allah
Dan akan ku terus berpegang pada matlamatku
Aku ingin bergelar solehah...
seindah bunga yang mekar |
MPP USIM 2011