Assalamualaikum...
Penat rasanya,dah 2 hari tak menjamah nasi.Tapi takpe,Allah masih beri kekuatan alhamdulillah..
Bertemu sekali lagi dalam program Bicara Siswa.Ceh,ada gaya tak jadi pengacara Bicara Siswa?Eh,kenapa tiba-tiba sebut pasal Bicara Sisiwa ni?Jap,sebelum tu nak tanya dulu tau ke Bicara Siswa tu apa?Sebenarya Bicara Siswa ni adalah satu program yang membincangkan tentang satu topik atau isu yang berkaitan dengan mahasiswa di Malaysia ni.
gambar hiasan |
Sebenarnya ni baru balik dari program Bicara Siswa.Live lagi.Sebenarnya tadi ada kelas.Hati ni meronta-ronta gak nak p.Rasa tertarik pulak.Almaklumla da bergelar siswi(yeke?)Best jugakla(sbb dapat tgk Dr. Fazly,masyaallah betulkan niat).
Tajuk yg dibincangkan tadi ialah inovasikah mahasiswa kini?jadi,dari segi pandangan antum dan antunna semua inovasikah sebenarnya diri kita?Inovasi ini memerlukan kepada minat seseorang.Tanpa minat sikap inovasi ini sukar diterap dalam diri mahasiswa.Jadi persoalannya,Bagaimanakah cara bagi melahirkan rasa minat dalam diri pelajar?kata YDP MPP USIM biarlah meluntur buluh dari rebungnya.Ada juga yang berpendapat bahawa sistem pendidikan kita yang tak inovasi dalam usaha melahirkan graduan yg berinovasi.Apa yg ditanam itulah yg didapat.
Namun,salah seorang profesor dari USIM ada mengatakan bahawa keadaan keterpaksaanlah yang membuatkan seseorang lebih kretiv dan inovatif.Contohnya ketika zaman dahulu sudu diperbuat daripada kayu.Mereka menggunakan apa yg ada dipersekitaran mereka.Akan tetapi telah berlakunya peningkatan ketamadunan(Hadharah) apabila sudu yg dulunya dari kayu juga blh dibuat menggunakan besi.Oleh itu,masyarakat zaman dahulu di katakan lebih kretif dan inovatif daripada zaman skrag.Ini kerana masyarakat zmn kini tinggal”menganga untuk disuap” sahaja.
Serononya dapat konvo.Tapi kene pas MUET dulu.. |
Itulah serba sedikit tentang apa yang ana dapat dari Bicara Siswa.Sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsikan.Akan tetapi masa amat mencemburui kita.Ana kena buat assigment pulak lepas ni.Doakan ana dipermudahkan ye.Minggu depan exam mid term lak.Harap2 blh jawab dgn betul.
Wassalamualaikum..
salam bicara dari ana.