-->

SELAMAT DATANG (^^,)


Sohabi

Monday, February 23, 2015

--> RaWatAn..

Assalamualaikum... =)



Iman dalam diri adakalanya naik dan turun tetapi tidak kepada para anbiak. Iman mereka sentiasa tetap dan makin bertambah.  Rasa-rasanya ada tak cara nak kuatkan iman atau nak naikkan smgt iman semula??

Jom cuba ni..!!!

1. TePis DosA kEciL dan BesAr DaN BaNyakKan MeLataH Baik, Ada mElaTah bAiK dgn TaK ke?? MaKsuD sY iALah BerIstiGhfar sEnaNtIaSa.

2. DatE keNa PerGi 5 Kali SeHarI. On TimE TAU!!.. hee

3. KaWan dan BerSahaBat dgN suMe Org Dan KutiP iLmu yG bAik.

antaranya mcm tulah, ada cara lain lagi.. tp untuk permulaan boleh mulakan dengan step yg ni dulu..


dari insan kerdil penoh Dosa
at 11:11 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Saturday, February 14, 2015

--> Sepalit sayang, Segunung dosa..


Assalamualaikum... 



Diamku bukan rajuk  
Pergiku bukan kerana dirimu 
Hanya ingin mensuci kotoran yang sudah lama berhabuk 
Untuk ku buang jauh tafsiran yang lalu 
Benar! kita pernah mengukir senyum 
Kita juga pernah melukis duka  
Tapi semuanya sebuah kenangan 
Sebuah kenangan yang takkan diulang semula 
Setiap tawa kata dan bicara dulu menjadi ingatan dalam kalbuku 
Mengapa dulu aku memilih dosa dari mencari secebis pahala 
Lalaiku dulu membuatkan kau keliru 
Antara tuntutan nafsu atau keperluan ilmu 
Buta dalam menilai hukum  
Terzahir dalam setiap perlakuan sebagai insan yang berperasaan 
Tuhanku, Tuhanku, Tuhanku… 
Akhirnya kita diingatkan! 
Cukup di matikan di dalam sebuah hentian 
Jangan kita coretkan lagi sebuah potret hitam 
Lakaran kosong penuh noda semalam 
Moga di dalam perjalanan yang makin panjang kita temui kebahagiaan 
Walau kita tidak bersua tetapi ku yakin 
kita pasti akan bersemuka dengan sang Pencipta 
Pada detik itu aku tidak mahu kau ataupun aku dipalit sejuta dosa Aku ingin bersih dari segala-galanya! 

~Istighfar ku dari dosa~


at 11:55 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

--> Sweet sangat..!!!



Assalamualaikum.

Macam-macam yang berlaku, sekarang dah kerja rasa masa semakin sedikit, sedangkan terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan..

hm.. jadi ni macam random post je lah ye? ;)

Haritu saya ternampak seekor kura-kura,dia jalan-jalan, lepas tu terbalik.

Bayangkan seekor kura-kura, cengkerang di bawah, kaki meronta-ronta seolah-olah berkata "tolong, tolong selamatkan aku." Lama-lama dia diam, er saya memang takut nak pegang kura-kura tu, eh tak tak bukan takut, tapi kura-kura tu besar, so, hm..

ok sambung cerita..(tukar topik)

Tiba-tiba ada seorang lelaki, dengan gentlemannya terbalik kan kura-kura tu semula dan kura-kura tu pun berjalan-jalan, okay happy ending.

Tapi, di sebalik cerita tu ada sebuah cerita yang tersirat.

Masa kura-kura tu terbalik, macam mana tiba-tiba ada orang nak tolong letakkan dia dalam posisi yang betul semula?

Mesti kura-kura tu doa kat Allah supaya ada orang yang bantu dia, dan Allah hantarlah seseorang untuk tolong dia.. biar pun lama tapi akhirnya dia tetap boleh jalan semula.

So,

saya pun rasa,,,eh selama ni manusia pun berdoa, tapi ramai yang putus asa..sedangkan Allah tu Maha Mendengar, doa dalam hati pun Allah dengar jadi kenapa putus asa untuk berdoa? Doa, doa, doa dan percaya... Allah pasti perkenankan.

lagi satu, bila ada orang minta tolong dengan kita, seharusnya kita rasa suka, rasa happy, rasa teruja, sebab apa? Sebabnya... mungkin orang tu berdoa pada Allah supaya Allah mudahkan urusan dia, and know what? Allah pilih kita untuk tolong dia..

Dalam banyak-banyak manusia, Allah pilih kita... yes! we are the lucky one!

hamboih, tak bangga ke? kalau dapat nombor satu dalam kelas, atau terplih sebagai pelajar terbaik pun mesti dah kembang-kempis hidung tak tahan rasa teruja tu kan.. ni Allah pilih kita.. best kot! 

Jadi, sukalah ye bila dapat tolong orang.. tapi ops, batas jangan lupa..kalau perempuan mintalah tolong daripada perempuan, begitu juga sebaliknya..kalau memang dah tak ada langsung orang sama jantina boleh tolong, maka jagalah batas-batas yang ada dalam berurusan dengan insan berlawanan jantina...

Kita pasti tak pernah rugi, bila kita letak Allah dalam hati...

nanti kita sambung lagi ye?

Wassalam...
at 11:46 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Friday, January 30, 2015

--> Tawakkal 'ala Allah...

"DAH TERTULIS REZEKI AWAK"

Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya.

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.

Saya cakap ..

"ambillah akak malas nak refund ke dalam.."

Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..

Saya tanya dia, "eh apesal?"

Dia jawab dalam menahan sebak.

"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,"

Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.

"Dah tertulis rezeki awak,"

Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah 'banjir' dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.

Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..

Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2.

Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.

Note : sekadar iktibar buat kita semua di hari yg mulia ini. 
at 9:46 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Wednesday, October 1, 2014

--> Yang ada dihargai, yang hilang jgn dirunguti...


Jangan merungut apa yang hilang, syukuri apa yang masih ada…
Assalamualaikum….
Pagi ni bangun tidur dah baca DOA? Rasa bersyukur tak masih hidup sehingga ke hari ini? Ucaplah Alhamdulillah….syukur…Allah swt masih memberi kesempatan kepada kita untuk bisa bernafas menghirup udara yang segar… Sihat wal afiat..tiada cacat mana-mana anggota badan…alhamdulillah…
Pernahkah Kita merungut bila ada barang kita hilang? Pernah kita membebel bila ada yang kita tak puas hati dengan perkara yang berlaku kepada kita? Marah dan geram kah kita bila kita sakit? Atau rasa kehilangan orang yang Kita sayang sangat-sangat….sudah tentu pernah kan…?
Ya ! Kerana kita ini manusia biasa…yang lemah…Dan sudah menjadi fitrah Kita sebagai seorang manusia biasa…tapi Cuba kita muhasabah diri ini…sampai bila Kita nak terus merungut? Sampai bila ? Ingatlah..sekecil-kecil perkara apa pun yang Kita tak suka atau sesuatu terjadi kepada Kita, itu kerana Allah sudah takdirkan ia sedemikian rupa…Allah rindukan rintihan hambaNya…Ada hikmah di balik setiap apa yang berlaku.
Allah sendiri berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286: ” Dan aku tidak memberatkannya melainkan apa yang terdaya olehnya”…
Ingat dan kunci rapat2 dalam hati bahawa Allah tidak pernah kejam…Dia hanya menguji kita dengan apa yang kita mampu lalui…Dia tidak akan menyusahkan hambaNya untuk sesuatu yg HambaNya tidak mampu…Subhanallah…Sayangnya Allah pada hambaNya…
Tapi perlu kita bertanya kepada diri kita sendiri, sayang kah Kita pada Allah? Rasa diri ini tersangat hina..sangat kerdil…
manusia ini bagaikan kuman di hujung kuku seekor lalat sahaja jika dibandingkan dengan Allah Swt…tapi kenapa masih ramai yg menafikan dan tidak yakin bahawa Allah itu Maha Penyayang , Maha Mengasihani…Allahuakbar..Astaghfirullahalazim…
Cuba Kita lihat apa yang kita dah ada…bagaimana kehidupan Kita Sekarang? Adalah kita rasa susah? tak cukup makan ke? Cacat ke? Miskin? tiada barang-barang mewah Dan tak mampu gajet-gajet canggih? Tapi pernah tak Kita banding diri Kita dgn org yg lebih susah? Ada org yg tidur berlantaikan Tanah yang merekah, berbumbungkan langit…yg pasti basah di Kala hujan Dan pasti rasa bahangnya ketika panas…Sedangkan ramai antara kita tidur dalam keadaan nyaman dengan penghawa dingin yang mahal…pernah tak Kita terfikir bagaimana pula kehidupan org yang tinggal dalam rumah sampan seperti di salah satu perkampungan di Kemboja…satu paip air pun kena berkongsi dengan satu Kampung…
Kalau Kita diuji dengan sakit atau kehilangan orang yg kita sayang…ingatlah bahawa Allah rindu pada rintihan kita padaNya…Dia rindu pada hambaNya…Dia rindu dengar kita berdoa kepadaNya…waktu Kita senang pula..jgn lupa untuk ucapkan Alhamdulillah semoga sekecil-kecil nikmat Dan rezeki itu mendapat keberkatan Allah.
Namun, kalau kita tidak pernah merasa perasaan sedih,kecewa atau marah saat diuji, adakah kita akan berdoa meminta Allah menolong kita? Adakah kita akan berdoa momohon petunjuk daripada Allah? Manusia kebanyakannya lebih suka mencari Allah di kala susah dan melupakanNya di kala senang. Sebenarnya kita perlu tahu bahawa perasaan sedih yang merupakan sebahagian dari fitrah diri itu sendiri yang membuat kita sedar akan kerdilnya diri ini.
Cuma janganlah terlalu terbawa-bawa dengan perasaan itu sehingga kita melakukan perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah S.w.t seolah-olah kita tidak reda dengan apa yang Allah telah tetapkan kepada kita.
Sebenarnya saya terpanggil untuk mengisi masa lapang yang ada pada ketika ini untuk mmbuat penulisan dari satu ungkapan watak Rahim dalam drama Cinta & Wahyu, sequel kepada drama Warkah Cinta yang pernah disiarkan di TV alHijrah. Ayatnya ialah tajuk penulisan yang kalian baca ketika ini.
“Jangan merungut sesuatu yang hilang, syukuri apa yang ada”
at 3:57 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Wednesday, August 27, 2014

selamat hari jadi

Selamat hari jadi,

Biarlah ianya jaoh,, aku pasrah,,
Mgkn jaohnya mampu mengubati hatinya,,
Mgkn jaohnya mampu memberinya yg terbaik,,
Mgkn jaohnya mendtgkan seribu kebaikan untuknya,,
Biar jaoh asal kebaikan mengirinya

Kini segalanya akan ku coretkan disini... tempat ku meluah isi hati,, walau aku hina dina di bumi ini,, namun aku hanya ada Allah untuk ku bergantung,, aku lakukannya kerana Allah,,

Bertemu keranaNya,
Aku bercinta keranaNya,
Aku pisahkan keranaNya,
Walau sukar bgku,,
Aku pasrah dia membenciku,
Semoga kau tenang dgn sang Pencipta tanpa ada fitnah dunia ini,,
at 1:28 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Idea Bisnes untuk Pelajar Universiti

My Blackboard.. :)

Langkah kejayaan

Rasulallah bersabda;'Malu bagi lelaki itu baik,namun malu bagi wanita itu terlebih baik'.

..::i'll try to change::..

..::i'll try to change::..
"....Ya Allah berikanlah kami hidayah dan petunjuk agar terus dapat mengenali-Mu.."

..::ikhlas dariku::..

..::ikhlas dariku::..
“......Kecantikan yang hakiki terletak pada akhlaknya.....”

..::analisa siapa kita::..

".....brbicaralah dgn hati kita ttg iman,bncanglah dgn anggota ttg amalan,maka dgn itu dapatlah konklusi dan solusi untuk mnambah apa yg terkurang..." insha-Allah~

Sajak Aminah Qutb

Sekiranya
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

.....
.......

*Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya..

Habiburrohman

Habiburrohman
Sekiranya kita cinta pada manusia tak semestinya manusia cinta pada kita.Tetapi sekiranya kita cinta kpd Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

..::Langkah Menyokong Gaza::..

1) Ikuti kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh hero-hero di Gaza dengan bantuan Allah SWT setiap hari, seperti beberapa orang askar yahudi yang dapat ditewaskan dan beberapa buah kereta kebal yang dapat ditumpaskan

2) Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin seperti ceramah dan seminar.

3) Muat turun gambar-gambar kekejaman Zionis dan sebarkan seluas-luasnya melalui e-mail, telefon, print, dan sebagainya.

4) Ingat Palestin dalam doa dan solat.

5) Boikot! Boikot! Boikot! barangan Israel dan Amareka.

6) Jadikan isu Palestin topik penting perbincangan di kalangan kawan-kawan. jadikan ia isu pertama yang kamu bicarakan selepas bertanya khabar seseorang..

The truely of beautiful

The truely of beautiful
“....Kecantikan batin boleh menambah kecantikan lahir, kecantikan lahir boleh mengurangkan kecantikan batin, kecantikan lahir tidak bererti tanpa kecantikan batin....”

Jalin Ukhwah

~SAHABAT~

  • LiveTheLife
  • Ukhti Zulaikha
  • .. Satu Fikrah , Satu Amal ..
  • Ukhti Jannah
  • Ukhti Sakinah
  • Perjuangan Belum Berakhir...
  • Perjalanan Menuju CintaNYA~
  • |mujaheedahgoten|
  • PELAPIS GOLONGAN MASHOORI
  • Ukhti Saliha
  • [jalanstraightdontbelok2]
  • generasi Muda
  • Akhi Luqman
  • Ukhti Fatin
  • Ukhti Afifah

best blog =]

  • temerity
  • MENCARI DAN TERUS MENCARI DAMAI YANG HILANG
  • Bayyinat
  • It's Life... Wake up from the past =)
  • BroHamzah
  • Secangkir bicara
  • BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR
  • SHAHRUL AKBAR
  • LIFE is HARD to IMAGINE (^_____^ )/
  • :SpreaD The LoVe:
  • hidayahamin
  • lakaranHIDUPKU
  • Hatiku Ohikaku
  • I Love Allah

Bloger USIM

  • Students' Representative Council | Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Mieza
  • !!...*..ainasuhaluvherlife..*...!!
  • SPMM USIM
  • Bisikannuraniku
  • ♥perjalanan seorang hamba♥
  • Muhammad Nurishaq
  • Paan Lao
  • Ain Nasuha
  • MY HEART...
  • USIM Bloggers United
  • ~WELCOME to initiator WORLD~
  • Indahnya berusrah
  • One Step Closer

Rakan dari SAMTTAR

  • Sahabat Sejati
  • MENCARI CINTAMU ILLAHI

SENIOR

  • Ustz Saiful
  • Ustzh Husna
  • It's my Life!
  • N.A.S.nurulainshohor
  • Ustzh yasmeen
  • Ustzh Atikah
  • LAYAR AKSARA TARBIYYAH...
  • TOWARDS GENERATING ISLAMIC PROFESSIONAL
  • Ustaz Munzir

Salam Ta'aruf.. ;)

My photo
IZZATUL HANIS SHAARI
Hanya seorang insan yang masih mencari diri dan kemanisan iman..
View my complete profile

posting

  • ▼  2018 (1)
    • ▼  September (1)
      • Kini aku kembali
  • ►  2016 (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2015 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (5)
    • ►  June (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (31)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (5)
    • ►  March (2)
    • ►  February (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (39)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (3)
    • ►  June (20)

Langkahku...

  • aktiviti USIM (3)
  • idola (4)
  • Kata hati (25)
  • MUAMALAT (5)
  • Perkongsian ilmu (24)
  • secoret rasa (1)
  • wanita (5)

Jemput masuk

  • iluvislam
  • islam4peace.net
  • murabbi.net
  • saifulislam.com

~~Habibullah~~


click to create your own

~~ syukran ~~

click to create your own

~~Acuan Al-quran~~

~~Acuan Al-quran~~

Link Pelangi

(^_^)

Home Art


DASHBOARD

Picture Window theme. Powered by Blogger.