-->

SELAMAT DATANG (^^,)


Sohabi

Monday, December 31, 2012

--> Renungan bersama..

بسم الله الرحمن الرحيم
أسلام عليكم

Semoga hari ini lebih baik dari semalam... alhamdulillah hari ni dalam berjalan2 di FB dapat 1 ilmu ni... muhasabah dan renungan untuk kita semua.. jgnlah lihat kpd diriku yg hina ini tp lihatlah pd apa yg ingin ku kongsikan ya.. semoga ianya memberi faedah kepada ku dan juga semua pembancanya... in sha Allah...




LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect sgt..!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

1. Awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

2. Kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

3. Lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dah bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Assalamualaikum .

LELAKI : Waalaikumussalam

Subhanallah.... jgnlah kita cuba2 untuk mendekati zina... kerana azabnya di akhirat sgt besar,,, Allahua'alam... sesungguhnya diri ini byk dosa yg telah dilakukan... 



at 2:00 PM 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Wednesday, November 14, 2012

--> Apa mksd rama-rama?

بسم الله الرحمن الرحيم
أسلام عليكم



"Sara,knp kau suka sgt dengan rama2?" seorang rakanku bertanya...

aku hanya tersenyum...

Jom saya terangkn...knp sy suka rama-rama... 

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.



at 3:28 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Monday, October 29, 2012

--> Pilu membasahi kalbuku...

بسم الله الرحمن الرحيم
....أسلام عليكم

Setiap manusia pasti ada melakukan kesilapan.. Ya Allah.. aku lemah Ya Allah... Hati ini sentiasa merintih... kadangkala merintih tanpa ada sebab yang pasti...mengapa butir-butir ini mudah sekali keluar..? Aku lemah Ya Allah...



Buat kaum hawa di luar sana..hayatilah video ini... dengarlah rintihan hati dari kaum Adam dan nasihatnya... Semoga kita semua terus tabah dan kuat meneroskan kehidupan...

Bagi mereka yang sudah terlanjur...jgnlah dikau teros bersedih...krn esok musim bunga pasti akan tiba..mekarlah dikau dengan sebaik yang mungkin.. boleh jadi kau lebih mekar dari sebelumnya... Moga kita semua terus berada di bawah rahmatNya...Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg ada dalam hati kita... {¥}{¥}{¥}



at 6:59 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Sunday, October 28, 2012

--> Wahai sayangku...

بسم الله الرحمن الرحيم
.....أسلام عليكم

Sungguh tersentuh hatiku apabila membaca bait-bait ini... sangat-sangat kene dengan hatiku...inginku kongsikan bersama orang yang ku sayangi.. ku pasti dia akan membacanya....duhai sayang{¥}{¥}{¥} .. dengarila kata hatiku ini...



Duhai yang bernama hati,

Kuatlah sayang..
Kau bukan hanya sekadar hati
Kau lebih dari itu..
Kau cerminan diriku..

Duhai yang bernama hati..
Kentallah dikau sayang..
Kerna aku bergantung padamu
Dan Engkau sentiasa dipandang Dia
Bicaralah dengan Dia sentiasa
Kerana aku menuruti bicaramu
kerana aku mempercayaimu

Duhai yang bernama hati
Di mana Dia Engkau letakkan??
Merofak sembahlah pada Allah..
Dia yang menjadikanmu..
Letakkanlah Dia ditempat yang paling tinggi
InsyaAllah...yang lain akan hadir mengekorimu...

Duhai yang bernama hati..
Aku tahu, kau punyai parut-parut luka yang telah berlalu..
Dan kadang kala tercarik kembali...
Kau luka lagi...
Tapi kau tahu kan sayang...
Itulah tandanya Dia mengingatkanmu..
Agar tak lena diulit mimpi..
Agar tak hanyut dibuai naluri
Zikir padaNya selalu...

Duhai yang bernama hati...
\kadangkala aku palitkan tompok-tompok hitam padamu...
maafkan aku sayang...
Kau dan aku perlu bersatu membersihkannya kembali..
Jangan dengar bisikan syaitan yang menghampirimu...
Abaikan pujuk rayu nafsu yang mengikutimu...
Kau punya kekuatan tersendiri..
Masakan tidak, kerana mu aku masih mampu bertahan hingga saat ini..

Duhai yang bernama hati,
Pimpin tanganku kpdNya,
Kita sama-sama mencari Dia,
Akanku sentiasa tempatkan Dia padamu
Dan ingatlah hati... 
Tidak ada sesiapa yang akan mampu mengambil Dia darimu...

sumber dari : http://www.wardahsafiyya.blogspot.com/

at 8:35 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Saturday, October 13, 2012

Anak muda... dengarkanlah nasihatku.. ^^,


بسم الله الحمن الرحيم

....أسلام عليكم



Indahnya ciptaan Tuhan... 


Suatu ketika, hiduplah seorang tua yang bijak. Pada suatu pagi, dia didatangi seorang pemuda yang sedang dirundung banyak masalah. Langkahnya perlahan, wajahnya muram dan tubuhnya tidak terurus. Sepertinya, persoalan yang dihadapinya sangat berat hingga sangat menyusahkan hatinya. Begitu bertemu dengan seorang tua yang bijak, dia segera menceritakan semua permasalahan yang dihadapi.

Pak Tua yang bijak hanya mendengarkannya dengan saksama. Begitu tamunya selesai bercerita, ia lalu mengambil segenggam brotowali dan memintanya untuk mengambil segelas air. Ditaburkannya serbuk brotowali itu ke dalam gelas lalu dikacaunya perlahan.  


"Cuba minum ini! Lalu katakan bagaimana rasanya?" 
Ujar Pak Tua itu. 

"Pahit...pahit sekali," 
jawab anak muda itu sambil meludah ke samping. 

Pak Tua tersenyum. 

Lalu dia mengajak tamunya berjalan-jalan di hutan sekitar rumahnya. Mereka berjalan berdampingan. Akhirnya mereka tiba di tepi sebuah telaga yang tenang. 

Pak Tua itu kembali menaburkan segenggam brotowali ke dalam telaga. Dengan sepotong kayu, ia mengacau air telaga sehingga sebahagian airnya terpercik membasahi wajah pemuda itu.

"Sekarang, cuba ambil air dari telaga ini dan minumlah!"
Ujar Pak Tua kemudian.

Pemuda itu menuruti apa yang diminta Pak Tua. Ia segera meminum beberapa teguk air telaga. Begitu tamunya selesai meneguk air, 

Pak Tua berkata lagi,
" Bagaimana rasanya?"

"Segar!" 
Sahut anak muda itu.

"Apakah engkau boleh merasakan pahitnya brotowali di dalam air itu?" 
Tanya Pak Tua lagi,

"Tidak," 
jawab si pemuda.

Dengan bijak, Pak Tua menepuk belakang si pemuda. Lalu dia mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di samping telaga. 

"Anak muda, dengarkanlah ucapanku. Pahitnya kehidupan yang engkau rasakan seperti segenggam brotowali. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah yang kita miliki. Kepahitan itu tergantung dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita. Jadi ketika engkau merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh engkau lakukan untuk mengatasinya. Lapangkanlah dadamu menerima semua itu. Luaskan hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. "

Pak Tua itu kembali menambahkannya, 

" Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu seperti gelas, jadikanlah ia laksana telaga yang mampu meredam setiap kepahitan dan mengubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan. "

Keduanya menganjak meninggalkan tepian telaga. Mereka sama-sama belajar hari itu. Dan Pak Tua yang bijak, kembali menyimpan segenggam brotowali untuk pemuda lain yang sering datang padanya bagi meminta nasihat.

Kesimpulannya, segala apa yang kita hadapi bergantung kepada apa yang kita fikirkan.. kita adalah apa yang kita fikirkan...  

at 10:15 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Thursday, October 11, 2012

Degilnye die... nak kene ni..!!!!


بسم الله الرحمن الرحيم

أسلام عليكم ....


(^_^)
Ada satu cerita ketika Allah nak ciptakan manusia an.. 

Allah panggil akal, kmudian akal pun datang dihadapan Allah, pastu Allah tanya

"siapakan aku dan siapakah kamu?".. 
Akal pun jawab 

"Engkau adalah Tuhanku dan aku adalh hamba-Mu.” 
Allah letakkan akal kpd manusia.. Kemudian Allah panggil plak nafsu, nafsu pun datang.
 Allah tanya kat nafsu...

" Siapakah Aku dan siapakah kamu?"

nafsu pun jawab

" Engkau adlh engkau dan aku adlh aku"

jwb nafsu dgn penuh angkuh, belagak dn samseng.. Kemudian Allah masukkan nafsu ke dlm neraka yg panas selama 1000 tahun,
pastu Allah panggil nafsu semula,

Allah tanya lagi... 
"siapakah Aku dan siapakah kamu?'
Nafsu mnjawab

" Engkau adlh engkau dan aku adlh aku"..

Nafsu msh lagi angkuh dn belagak. Allah masukkan plak nafsu ke dlm neraka yg sjuk sgt2 selama 100 tahun. slps tu Allah panggil nafsu lagi dan bertanya soalan yg sama. Ttpi nafsu masih lagi mnjawab benda yg sama, dgn nada yg angkuh dan samseng. Pastu Allah masukkan plak nafsu ke dlam NERAKA LAPAR... selama 1000 tahun.


Apabila keluar dr situ, Allah tanya lagi nafsu soaln yg sama

"siapakah Aku dan siapakah kamu?"..

akhirnya nafsu jawab

" ENGKAU ADLH TUHANKU dan aku adalh hamba-MU..".
rupa2nya nafsu ni kalah dgn berlapar!!! rupa2nya itulah antara hikmah di fardhukan puasa kpd kita.. dgn berpuasa kita bleh mndidik dn menundukkn nafsu!! jom kawan2, kita ambik peluang bulan posa ni untk kalahkn nafsu!!!


at 10:43 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Monday, October 8, 2012

=")



Kisah 2 orang sahabat..(◕‿◕)

Sahabat 1: Bila awak nak kahwin? Dah ada calon?
Sahabat 2: Wallahua'lam.. Alhamdulillah, saya dah ada calon cuma belum bertemu lagi..
Sahabat 1: Kenapa tak bertemu lagi?
Sahabat 2: Allah belum izinkan..
Sahabat 1: Apa maksud awak sebenarnya? (keliru)
Sahabat 2: Alhamdulillah, saya memang dah ada calon cuma Allah belum izinkan untuk saya bertemu dengannya.. jodoh saya Allah telah tetapkan sejak azali lagi..
bila masanya telah tiba, dia akan datang ke rumah saya menyunting saya saebagai isterinya yang halal..
Sahabat 1: Awak tak risau ke, tak kenal, tiba-tiba saja nak nikah..
Sahabat 2: Tak perlu risau.. janji Allah itu kan pasti.. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya.. jika kita nakkan sebuah rumah tangga yang diberkati, peliharalah ia dari awal lagi..

"Jika kamu bercouple 20 tahun sekalipun, kamu tidak akan mengenal dia (pasangan kamu), yang kamu kenal hanyalah lakonannya..


~Imam Hassan al-Banna)





Alhamdulillah, ibu ayah saya dulu pun tak pernah bercinta dan tak pernah kenal antara satu sama lain..
Alhamdulillah, rumah tangga mereka bahagia dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..

Sahabat 1: Tapi, bukan senang nak jaga hati.. yela, orang perempuan ni kan mudah cair dengan kata-kata manis lelaki...

Sahabat 2: Pesan seorang murabbi saya, kita yang hidup di zaman moden ini hanya diuji dengan ujian yang sedikit, ujian 'perasaan', sedangkan zaman nabi dahulu, srikandi-srikandi islam mereka diuji dengan ujian yang begitu berat.. seperti, Sumayyah dan isteri nabi Ismail, Hajar.. tapi, mereka tak pernah mengeluh..
Sahabat 1: Diorang lain, kita lain..
Sahabat 2: Kita semua sama sahaja.. yang membezakan kita adalah sejauh mana tahap ketaqwaan kita kepada Allah..
Sahabat 1: Bukan senang..
Sahabat 2: Saya pun pernah terjatuh dulu tapi saya tak pernah menyerah kalah.. bangkitlah semula.. kembalilah kepada Allah.. tanamkanlah dalam hati ini rasa cinta dan takut pada Allah.. dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. jadilah seperti srikandi islam, Rabi'atul Adawiyah, agung cintanya pada Allah..
Sahabat 1: Jauhnya saya tersasar..
Sahabat 2: Jangan risau.. awak masih ada masa lagi untuk kembali kepada Allah..
mengadulah padanya.. semakin jauh kita meninggalkan Allah, semakin dekat Allah dengan kita sebenarnya, malah Dia mahu kita kembali dan mengadu kepada-Nya..
Carilah teman-teman solehah yang boleh membantu mendekatkan diri awak kepada-Nya.. jangan disiakan usia muda kita dengan perkara yang sia-sia..
Sahabat 1: Mulianya hati awak.. sebenarnya, saya malu dengan awak..
Sahabat 2: Kita kan dah lama bersahabat.. Tak perlu rasa malu dengan saya..
Saya insan biasa juga macam awak, selalu melakukan kesilapan tetapi saya cuba bangkit dari kesilapan yang pernah dilakukan..(◕‿◕)

(¯`•.
ღ Aku MENASIHATIMU sahabat bukanlah bermakna aku telah menjadi HAMBA Allah YANG TERBAIK tetapi sememangnya dalam kehidupan ini, kita perlu saling BERPESAN ke arah KEBENARAN DAN KEBAIKAN.. bukankah kita sama-sama ingin BERPIMPIN TANGAN ke syurga Allah? Mari sahabat, izinkan aku MEMEGANG ERAT TANGANMU, sama-sama kita menuju mencari REDHA ILAHI.. ♥♥

Saidatina Aisyah r.a berpesan: "sebaik-baik wanita adalah yg tidak memandang & tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikan mu sehingga kau dikejar jutaan lelaki, itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak & dimiliki sesiapa saja. Muliakanlah dirimu dngn taqwa, setanding mutiara zabarjad, yang mampu dimiliki penghuni syurga.."

♥Allahu Allah..♥



at 10:49 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Tuesday, June 19, 2012

--> Mohon doakanku...

بسم الله الرحمن الحيم
أسلام عليكم

Ujian yang melandaku.... buatku rasa terduduk dan tersungkur... Mohon doa dr shbt2 semua ya... =) 
rindunya pd diri mu... {¥}







at 7:16 PM 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

--> Kisah si Penjual Tempe....

Senyum walau dlm keadaan apa pun... {¥}



Ada sebuah kampung di pedalaman, di situ tinggal seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.

Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yang berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya hanya duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah...

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Yang Maha Esa sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Allah.
 
at 7:09 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Sunday, January 8, 2012

--> Andai itu takdirnya

بسم الله الرحمن الرحيم
أسلام عليكم

hati yg jernih....


Andai itu takdirnya terimalah seadanya. Sudah tentu terselit hikmah disebalik musibah. Cuba kita perhatikan bunga mawar yang mekar kemerahan, sungguh cantik. Namun awas durinya mampu melukakan kita. Begitulah setiap yang indah bukannya mampu diraih dengan mudah namun perlu meredah berbagai mehnah, gunung perlu didaki lurah perlu dituruni. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Kadangkala kita sering lupa bahawa kita hanyalah hamba di bumi tuhan.Tidak layak kita membantah takdirnya. Namun kekadang tersungkur jua. Hati dalaman membentak ganas. "Mengapa tuhan?"Jika begitu cepat-cepatlah kembali kepada fitrah. Kita hanyalah seorang hamba tumpangan yang singgah sebentar menyemai amal untuk hari yang dijanjikan tuhan.

Siapa berusaha dia berjaya. Man jadda wajada waman zara'a hasoda. Hasilnya berlandaskan keikhlasan dan teguhnya iman. Siapa banyak amalnya, sekelip mata lepas titian sirat, siapa kurang amal timbangannya, mungkin terjatuh di tengah perjalanan. AWAS!
Andai itu takdirnya, katakanlah Ya Allah aku redha dengan pemberianmu. Biar setinggi mana halangan akan ku sahut, biar sejauh mana haluan, akan ku tempuh. Biar bermandi darah sekalipun akan ku berjuang hingga ke titik yang terakhir. Tidak sekali ku mengalah walaupun sesekali lelah. Indahnya jika begini wahai sahabat. Namun bukanlah semudah lafaz bicara. Hanya orang-orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa yang mampu lakukannya. Jadilah diri kita menuju kearah itu. Insya-Allah.

Lipatan sejarah terpapar. Kesusahan mengajar erti kematangan. Kegetiran mendidik erti kecekalan. Junjungan Besar kita dari kecil di duga, kehilangan bapa ketika masih belum sempat melihat dunia, kemudian ibunya menyusul pergi ketika baginda masih memerlukan seorang ibu. Jadilah baginda yatim. Tanpa berkeluh baginda tempuh. Ketika masih dahaga curahan kasih dari datuknya, Allah terlebih dahulu memanggil.
Tinggallah pula baginda bersama bapa saudaranya. Di situ terpapar jiwa besar baginda. Biarpun masih kecil baginda sudah bekerja. Mengembala kambing benar-benar mendidik baginda supaya sabar dan cekal. Ini hasilnya. Baginda mampu menyebarkan Islam di bumi tuhan walau berbagai rintangan dan cabaran. Di situlah hikmah sabar. Di situlah terselit kemanisan berjuang. Misi diimpi menjadi realiti.
Lihat pula Bilal bin Rabbah si hamba habsyi. Di hatinya hanya ada tuhan. Tidak sanggup menyerah demi akidah. Ahad! Ahad! Ahad!. Kemudian, Si Hamzah singa Allah. Tidak sesekali hatinya gerun. Demi Allah dan Rasulullah dia sanggup berjuang.

Biar hati dilapah namun Syurga yang diterjah. Sungguh Indah! Ramai lagi yang berjiwa besar. Namun mereka tetap sabar. Kerana mereka ada buah iman, mereka punya akar takwa. Sesukar mana dugaan bukan halangan. Cuma semangat yang perlu dikocakkan. Iltizam yang perlu dinyalakan. Mereka sudah membuktikan, kita bila lagi!
Andai kita diuji dengan kematian orang yang kita sayangi, jangan terlalu bersedih doakanlah untuknya. Sampai masa kita pula menyusul.

Andai kita diuji dengan sebuah perpisahan, yakinlah jika kita tidak berjumpa di dunia. Insya-Allah di syurga yang kekal abadi.
Andai kita diuji dengan kemiskinan bersyukurlah kita masih lagi mampu bernafas di bumi tuhan. Jadi banyakkanlah amal supaya kita kaya di sana.

Andai kita diuji dengan kesenangan. Ucaplah Alhamdulillah akan aku agihkan rezeki tuhan kepada yang memerlukan.

Andai kita diuji dengan kesusahan janganlah goyah. Sahutlah cabaran dengan hati yang gagah kerna itu yang mendewasakan kita dalam musafir panjang.

Wahai sahabat andai itu takdirnya. Terimalah seadanya. Janganlah berkeluh lalu lumpuh. Ayuh kita semarakkan perjuangan di bumi tuhan agar kita mendapat manfaatnya di hari kemudian. Setiap musibah ada hikmah. Ubat itu pahit namun menyembuhkan. Jika ingin ke puncak mesti mendaki. Bukannya hanya merenung tanpa bertindak. Yakin akan janjinya. Tuhan tidak pernah berdusta.

-Artikel iluvislam.com

at 4:41 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Saturday, January 7, 2012

بسم الله الرحمن الحيم
 أسلام عليكم

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.
Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.
Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.
Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.
Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.
Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e.
Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai'e.
Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.

Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.
Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya."
~iLuvislam~
at 10:25 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Idea Bisnes untuk Pelajar Universiti

My Blackboard.. :)

Langkah kejayaan

Rasulallah bersabda;'Malu bagi lelaki itu baik,namun malu bagi wanita itu terlebih baik'.

..::i'll try to change::..

..::i'll try to change::..
"....Ya Allah berikanlah kami hidayah dan petunjuk agar terus dapat mengenali-Mu.."

..::ikhlas dariku::..

..::ikhlas dariku::..
“......Kecantikan yang hakiki terletak pada akhlaknya.....”

..::analisa siapa kita::..

".....brbicaralah dgn hati kita ttg iman,bncanglah dgn anggota ttg amalan,maka dgn itu dapatlah konklusi dan solusi untuk mnambah apa yg terkurang..." insha-Allah~

Sajak Aminah Qutb

Sekiranya
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

.....
.......

*Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya..

Habiburrohman

Habiburrohman
Sekiranya kita cinta pada manusia tak semestinya manusia cinta pada kita.Tetapi sekiranya kita cinta kpd Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

..::Langkah Menyokong Gaza::..

1) Ikuti kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh hero-hero di Gaza dengan bantuan Allah SWT setiap hari, seperti beberapa orang askar yahudi yang dapat ditewaskan dan beberapa buah kereta kebal yang dapat ditumpaskan

2) Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin seperti ceramah dan seminar.

3) Muat turun gambar-gambar kekejaman Zionis dan sebarkan seluas-luasnya melalui e-mail, telefon, print, dan sebagainya.

4) Ingat Palestin dalam doa dan solat.

5) Boikot! Boikot! Boikot! barangan Israel dan Amareka.

6) Jadikan isu Palestin topik penting perbincangan di kalangan kawan-kawan. jadikan ia isu pertama yang kamu bicarakan selepas bertanya khabar seseorang..

The truely of beautiful

The truely of beautiful
“....Kecantikan batin boleh menambah kecantikan lahir, kecantikan lahir boleh mengurangkan kecantikan batin, kecantikan lahir tidak bererti tanpa kecantikan batin....”

Jalin Ukhwah

~SAHABAT~

  • LiveTheLife
  • Ukhti Zulaikha
  • .. Satu Fikrah , Satu Amal ..
  • Ukhti Jannah
  • Ukhti Sakinah
  • Perjuangan Belum Berakhir...
  • Perjalanan Menuju CintaNYA~
  • |mujaheedahgoten|
  • PELAPIS GOLONGAN MASHOORI
  • Ukhti Saliha
  • [jalanstraightdontbelok2]
  • generasi Muda
  • Akhi Luqman
  • Ukhti Fatin
  • Ukhti Afifah

best blog =]

  • temerity
  • MENCARI DAN TERUS MENCARI DAMAI YANG HILANG
  • Bayyinat
  • It's Life... Wake up from the past =)
  • BroHamzah
  • Secangkir bicara
  • BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR
  • SHAHRUL AKBAR
  • LIFE is HARD to IMAGINE (^_____^ )/
  • :SpreaD The LoVe:
  • hidayahamin
  • lakaranHIDUPKU
  • Hatiku Ohikaku
  • I Love Allah

Bloger USIM

  • Students' Representative Council | Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Mieza
  • !!...*..ainasuhaluvherlife..*...!!
  • SPMM USIM
  • Bisikannuraniku
  • ♥perjalanan seorang hamba♥
  • Muhammad Nurishaq
  • Paan Lao
  • Ain Nasuha
  • MY HEART...
  • USIM Bloggers United
  • ~WELCOME to initiator WORLD~
  • Indahnya berusrah
  • One Step Closer

Rakan dari SAMTTAR

  • Sahabat Sejati
  • MENCARI CINTAMU ILLAHI

SENIOR

  • Ustz Saiful
  • Ustzh Husna
  • It's my Life!
  • N.A.S.nurulainshohor
  • Ustzh yasmeen
  • Ustzh Atikah
  • LAYAR AKSARA TARBIYYAH...
  • TOWARDS GENERATING ISLAMIC PROFESSIONAL
  • Ustaz Munzir

Salam Ta'aruf.. ;)

My photo
IZZATUL HANIS SHAARI
Hanya seorang insan yang masih mencari diri dan kemanisan iman..
View my complete profile

posting

  • ►  2018 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2016 (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2015 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (11)
    • ▼  December (1)
      • --> Renungan bersama..
    • ►  November (1)
      • --> Apa mksd rama-rama?
    • ►  October (5)
      • --> Pilu membasahi kalbuku...
      • --> Wahai sayangku...
      • Anak muda... dengarkanlah nasihatku.. ^^,
      • Degilnye die... nak kene ni..!!!!
      • =")
    • ►  June (2)
      • --> Mohon doakanku...
      • --> Kisah si Penjual Tempe....
    • ►  January (2)
      • --> Andai itu takdirnya
      • بسم الله الرحمن الحيم  أسلام عليكم Kadang-kada...
  • ►  2011 (31)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (5)
    • ►  March (2)
    • ►  February (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (39)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (3)
    • ►  June (20)

Langkahku...

  • aktiviti USIM (3)
  • idola (4)
  • Kata hati (25)
  • MUAMALAT (5)
  • Perkongsian ilmu (24)
  • secoret rasa (1)
  • wanita (5)

Jemput masuk

  • iluvislam
  • islam4peace.net
  • murabbi.net
  • saifulislam.com

~~Habibullah~~


click to create your own

~~ syukran ~~

click to create your own

~~Acuan Al-quran~~

~~Acuan Al-quran~~

Link Pelangi

(^_^)

Home Art


DASHBOARD

Picture Window theme. Powered by Blogger.