-->

SELAMAT DATANG (^^,)


Sohabi

Wednesday, August 24, 2011

--> Hijab Cinta-Mu

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم



Kecantikan itu bukan diukur,

Pada nilai kain yang melindungi rambutmu,
Pada kain yang membaluti tubuhmu,
Bukan juga pada warna-warni fesyen terkini gayamu,
Bukan juga pada ketinggian tapak kasut pada tumitmu.

Kecantikan itu bukan terlihat,

Pada maskara di bulu matamu yang lebat,
Pada pemerah di pipimu yang memikat,
Pada gincu dan lip gloss merah melekat,
Bukan juga pada bedak maybelline yang menjadi teman rapat.

Kecantikan itu tidak harus diserlah,

Pada baju berwarna terang di kulitmu yang cerah,
Pada kain singkat terangkat terdedah,
Pada kain nipis yang tembus cela,
Bukan juga pada suara yang lenggok bermadah.

Sungguh kecantikan itu sering disalah tafsir,

Pada mata yang melihat zahir, bukan hati dan akal yang berfikir,
Hinggakan kecantikan itu hilang makna dan rasa,
Hingga jiwa kerap jemu dan berubah.
Hingga nafsu kerap jatuh rebah!

Cantik itu bermakna,
Pada mata menawan pandangannya selalu tunduk,Pada wajah yang selalu basah di kala wudhu,Pada bibir berzikir tawadhu,Pada nafsu, Iman memujuk,

Cantik itu bahagia,

Pada jasad amanah sebaiknya dijaga ,
Pada suara mengajak berdakwah,
Pada baju labuh menjaga maruah,
Pada cinta yg hak terpelihara.
Justeru,
Sabar mengajar,
Redha dikejar,
Beruntunglah wanita yang dilihat, kalimah Allah di lidah terpahat,
Berbahagialah wanita yang diuji, merasa diri sering diperhati,
Malu menjadi pendinding diri,
Kerana pandangan hati lebih utama,
Pandangan Tuhan segala-galanya,
Maka Hijabkan dirimu, Pelihara amanahmu,
Itulah kecantikan yang abadi,
Itulah kebahagiaan yang dicari,
Insya-Allah, ya Rabbal Alamin..

* Sumber : ILuveIslam
at 11:23 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: wanita
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Monday, August 22, 2011

--> Hari yg dinanti-nantikan

بسم الله الرحمن الرحيم
ألسلام عليكم

Suroh Al-qodr yang menerangkan tentang malam lailatul qodr

Maksud suroh Al-qodr :

1. Sesungguhnya telah Kami turunkan Al-Quran pada malam qadar
 (malam mulia atau taqdir)
2. Tahukah engkau, apakah malam qadar itu? 
3. Malam qadar itu lebih baik dari seribu bulan
4. Turun para malaikat dan ruh (jibrail) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur setiap urusan
5. Selamatlah malam itu, sehingga terbit fajar..


Doa yg boleh kita amalkan sepanjang pemburuan lailatul qodr kita...

* Suroh yang mula-mula turun adalah Suroh Al-Alaq. Sekarang Allah menerangkan lagi bahawa Al-quran itu turun pada bulan ramadhan iaitu pada malam lailatul qodar. Beribadat pada malam lailatulqodar itu lebih baik drpd beribadat seribu bulan kerana malam itu ialah malam peringatan turunnya Al-Quran. atau dikenali juga sebagai malam perubahan dari gelap gelita kepada terang benderang. Menurut hadith nabi s.a.w malam lailatul qodar itu pada 10 malam terakhir Ramadhan iaitu pada malam 21 hingga 30 Ramadhan. Lailatul qodar tidak ditentukan atau diberi tahu waktunya kerana supaya hambanya tetap terus beribadat sepanjang malam.Sekiranya malam itu sudah diketahui maka hanya pada malam itu sahajalah kita akan beribadat..

Allahu'alam... :)

at 2:15 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Perkongsian ilmu
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Monday, August 15, 2011

--> Cara Pemakaian Tudung

Assalamualaikum dan salam sejahtera… 
Saya tertarik dengan entri yang dikongsikan oleh Cerita Mamat dan saya ambil entri berkenaan untuk dikongsikan dengan pembaca blog ini.Entri ini bukan untuk mengata @ perli mereka yang memakai tudung seperti yang dinyatakan tetapi sekadar untuk memberi teguran secara tidak langsung. Agak menarik ulasan yang diberikan dibawah ini.Sila baca dan anda pasti tidak percaya yang fasyen bertudung ini mempunyai pelbagai ragam dan keunikannya. 


 1. Tudung Nasi Lemak
 Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan ‘Tudung Nasi Lemak


 2. Tudung Bukit 
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.


 3. Tudung Sarung Nangka
 Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…


 4. Tudung Alien
 Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini meman sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta. Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]


 5. Tudung Papa Kedana Kebanyakan 
yang pakai tudung ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri… 


6. Tudung Dato’ Ni,
 tak tau nak terangkan macam mana… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif


 7. Tudung Apa Jadah Entah?
 Ini satu masalah besar lagi. Tudung yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar.


 8.Tudung Muslimah 
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada.. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]


~copied~


p/s : Tahniah kpd sesiapa yg sudah bertudung!! jadilah soerang muslimah mengikut acuan Al-quran.. kerana hanya itulah yg menjamin kebahagiaan terutama kecantikan di dunia dan di akhirat.
* Seindah hiasan adalah wanita solehah* :)



at 9:31 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Perkongsian ilmu
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Friday, August 12, 2011

--> ikhlaskah aku menjadi guru?

بسم الله الرحمن الرحيم
أسلام عليكم

Aku merenung kembali kisah silamku. Mengingati semula perjalanan hidup yang telah kulalui di muka bumi Allah yang maha luas ini. Entah mengapa Ramadhan kali ini begitu mudah membuatkan aku menitiskan air mata. Sering kurasakan, Ramadhan ini berkemungkinan adalah Ramadhan yang terakhir buatku, dan mengenangkan betapa cepatnya waktu berlalu, membuatkan aku merenung kembali apa yang telah ku lakukan sepanjang 11 hari Ramadhan berlalu ini. Secara tidak langsung, fikiranku turut bergerak lebih jauh dan cuba untuk mengingati setiap yang berlaku ke atas diriku sepanjang aku hidup di muka bumi.
Terimbau kenangan dahulu semasa aku berada di tingkatan lima, guru kelasku pada waktu itu ialah Ustazah Naemah.
Dia pernah mengucapkan kata-kata yang biasa buat kami, anak didiknya. Mungkin pada orang lain ia hanya kata-kata biasa tapi pada aku cukup terkesan di hati hingga ke saat ini. “Jadilah orang yang membawa manfaat kepada orang lain”. Itulah kata-katanya yang segar di hatiku hingga ke saat ini.
Aku mengingat kembali apakah manfaat yang telah kuberi setelah sekian lama aku bernafas di bumi Allah ini. Apabila difikirkan dengan mendalam, bagaikan tiada manfaat yang kuberi pada insan yang lain. Pada orang lain, mungkin kerjaya aku sebagai pendidik sangat mulia di pandangan mereka, namun pada aku ia hanya satu amanah yang harus kupikul lantaran aku menerima gaji setiap 25 haribulan.
Sering juga kesabaranku hilang sewaktu menjalankan tugas sebagai seorang guru dek perangai murid-muridku yang semakin hari semakin kreatif bentuk kenakalannya. Kadang kala aku meninggikan suara kepada mereka, namun aku sering menyesali dan berfikir wajarkah aku berbuat sedemikian rupa. Aku cuba yakinkan hati bahawa apa yang ku lakukan akan mampu mengubah mereka menjadi insan yang cemerlang didunia dan diakhirat. Apabila pulang ke rumah, aku selalu berfikir, adakah kerjaya aku merupakan satu ibadah buat diriku? Adakah kerjaya yang dilakukanku ini aku lakukan hanya kerana khuatir gaji dianggap syubhah andai tidak dilaksanakan dengan baik dikira ibadah di sisi Allah? Berapakah ilmu yang kusampaikan tersemat di hati anak didikku? Dan yang paling utama, berapa ramaikah di antara mereka yang mengamalkan ilmu yang telah ku sampaikan selama ini?
Apabila soalan-soalan berat sebegini menerjah ruan fikiranku, nafasku menjadi sesak seketika. Aku menjadi sedar bahawa nyawa pinjaman Allah buatku boleh ditarik bila-bila masa sahaja tanpa kuduga. Kudrat yang ada padaku juga hanya pinjaman dari Allah. Tiada apa yang mampu menghalang, seandainya Yang Maha Esa mahu menarik kembali nikmat kesihatan dan nikmat kesempurnaan pancaindera yang diberikan untuk sementara waktu buatku.
Seringkali aku terbayang, diriku hanya dibaluti kain kapan. Ketika itu apa yang mampu aku lakukan? Berapa banyakkah amalan soleh yang mampu kupersembahkan di hadapan Allah S.W.T nanti? Yang paling aku takuti, amalan yang selama ini kukerjakan ditolak oleh Allah! Namun, sebagai seorang hamba manakan aku mampu untuk mengetahuinya. Segalanya hanya terjawab apabila rohku sudah meninggalkan jasadku kelak. Ketika saat itu, pastinya segala-galanya telah terlambat buatku dan penyesalan sememangnya sudah tiada ertinya lagi.
Di bulan Ramadhan kali ini, aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan aku untuk terus bernafas di dunia ini. Kerana kesempatan ini, aku mampu berpuasa dan menikmati keindahan Ramadhan. Di kesempatan ini, aku bermohon agar diampunkan segala dosa-dosaku, diterima segala amalanku dan dijadikan aku wanita solehah yang cemerlang dunia dan akhiratnya. Aku juga bermohon agar Ramadhan kali ini, bukanlah Ramadhan yang terakhir buatku walaupun ku kerap merasakan seperti itu kerana masih banyak bonus yang perlu kuhimpun lantaran terlalu sedikit pelaburan yang ku ada.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dosa ibubapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, teman-temanku, anak-anak muridku serta umat Islam seluruh dunia sama ada yang masih hidup mahu pun yang sudah meninggal dunia. Kau jadikanlah Ya Allah, Ramadhan kali ini Ramadhan penuh keampunan buat kami semua. Amin!
Kepada rakan-rakan diluar sana, marilah kita sama-sama ikhlaskan hati kita ketika menjalankan tugas dan amanah kerana Allah kasihkan hamba-hamba-Nya yang ikhlas. Usahlah kita merungut sepanjang masa mengenai ketidakselesaan kita didunia ini, sedangkan keselesaan di Akhirat kelak kita lupakan. Marilah kita mengumpul amal kebaikan dan mengurangkan dosa selagi nyawa dikandung badan.
SUMBER : ILUVISLAM
at 12:12 PM 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Perkongsian ilmu
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

--> ilmu itu Ahmad Albab yg punya... hahaha... ???

  بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم 


Ilmu pengetahuan merupakan cahaya dalam hidup seseorang jika ia menggunakannya dengan baik. Banyak kelebihan orang yg menuntut ilmu. Antaranya orang yang menuntut ilmu ni akan dipermudahkan masuk ke syurga. Ilmu terbahagi kepada 2 iaitu ilmu duniawi (dunia) dan ilmu ukhrowi (akhirat). Menuntut ilmu adalah satu ibadah jika niat kita kerana Allah... Akan tetapi jika menuntut ilmu tiada niat maka ianya hanya akan menjadi satu adat sahaja.. herm... x berbaloi kan? jadi lepas ni mari sama-sama kita niatkan dalam diri menun tut ilmu kerana Allah... Bagaimana caranya? niatkan menuntut ilmu untuk memajukan diri,bangsa dan agama demi menegakkan islam dalam diri mahupun negara. 

Namun amat menyedihkan apabila adanya orang yang menuntut ilmu demi meruntuhkan atau menjatuhkan saudaranya sendiri.. Rasulullah pernah memberi amaran kepada penuntut ilmu yang menuntut ilmu untuk mencabar para ulama' mahupun menguji mereka.

Nabi kita ada bersabda yang bermaksud "Seharusnya seseorang yang mempelajari sesuatu ilmu adalah untuk mendapat keredhaan Allah, namun jika dia mempelajarinya adalah kerana untuk memperoleh kesenangan dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari Kiamat."(Hadis Hibban)

Sekiranya kita mempunyai ilmu melebihi dari orang lain, janganlah pula kita berbangga dengan ilmu yang kita ada. Ilmu itu semua bukan Ahmad Albab yang punya.. tetapi ilmu itu Allah yang punya... Jadi apa gunanya kita bongkak atau bangga diri dengan ilmu yang tak seberapa banyaknya? Kerana hakikatnya ilmu yang diperolehi itu hanyalah setitik dari lautan yang luas terbentang itu.. 

Dengan ilmu pengetahuan seorang hamba itu akan sampai ke peringkat orang-orang yang terpuji ketaatannya dan tertinggi kedudukannya. Memikirkan perihal ilmu pengetahuan setanding pahalanya dengan berpuasa, dan menelaahnya setanding pahalanya dengan bangun beribadat di tengah malam. Dengan ilmu pengetahuanlah manusia mentaati Allah Azzawajalla, memperhambakan diri kepadaNya, MengEsakanNya dan membesarkanNya.. Dengan ilmu pengetahuan juga manusia boleh mencapai darjat kewajiban kewara'an, dan dengannya pula manusia menyambung silatur-rahmi. Dengan ilmu pengetahuan juga, ia akan mengenal yang halal dan yang haram. Ilmu pengetahuan itu adalah diumpamakan sebagai pembimbing, manakala amalan pula menjadi pengikutnya, dan berbahagialah orang yang menerima ilham dari ilmu pengetahuan, dan celakalah orang yang terhalang dari ilmu pengetahuan
at 11:50 AM 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: MUAMALAT
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Idea Bisnes untuk Pelajar Universiti

My Blackboard.. :)

Langkah kejayaan

Rasulallah bersabda;'Malu bagi lelaki itu baik,namun malu bagi wanita itu terlebih baik'.

..::i'll try to change::..

..::i'll try to change::..
"....Ya Allah berikanlah kami hidayah dan petunjuk agar terus dapat mengenali-Mu.."

..::ikhlas dariku::..

..::ikhlas dariku::..
“......Kecantikan yang hakiki terletak pada akhlaknya.....”

..::analisa siapa kita::..

".....brbicaralah dgn hati kita ttg iman,bncanglah dgn anggota ttg amalan,maka dgn itu dapatlah konklusi dan solusi untuk mnambah apa yg terkurang..." insha-Allah~

Sajak Aminah Qutb

Sekiranya
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

.....
.......

*Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya..

Habiburrohman

Habiburrohman
Sekiranya kita cinta pada manusia tak semestinya manusia cinta pada kita.Tetapi sekiranya kita cinta kpd Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

..::Langkah Menyokong Gaza::..

1) Ikuti kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh hero-hero di Gaza dengan bantuan Allah SWT setiap hari, seperti beberapa orang askar yahudi yang dapat ditewaskan dan beberapa buah kereta kebal yang dapat ditumpaskan

2) Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin seperti ceramah dan seminar.

3) Muat turun gambar-gambar kekejaman Zionis dan sebarkan seluas-luasnya melalui e-mail, telefon, print, dan sebagainya.

4) Ingat Palestin dalam doa dan solat.

5) Boikot! Boikot! Boikot! barangan Israel dan Amareka.

6) Jadikan isu Palestin topik penting perbincangan di kalangan kawan-kawan. jadikan ia isu pertama yang kamu bicarakan selepas bertanya khabar seseorang..

The truely of beautiful

The truely of beautiful
“....Kecantikan batin boleh menambah kecantikan lahir, kecantikan lahir boleh mengurangkan kecantikan batin, kecantikan lahir tidak bererti tanpa kecantikan batin....”

Jalin Ukhwah

~SAHABAT~

  • LiveTheLife
  • Ukhti Zulaikha
  • .. Satu Fikrah , Satu Amal ..
  • Ukhti Jannah
  • Ukhti Sakinah
  • Perjuangan Belum Berakhir...
  • Perjalanan Menuju CintaNYA~
  • |mujaheedahgoten|
  • PELAPIS GOLONGAN MASHOORI
  • Ukhti Saliha
  • [jalanstraightdontbelok2]
  • generasi Muda
  • Akhi Luqman
  • Ukhti Fatin
  • Ukhti Afifah

best blog =]

  • temerity
  • MENCARI DAN TERUS MENCARI DAMAI YANG HILANG
  • Bayyinat
  • It's Life... Wake up from the past =)
  • BroHamzah
  • Secangkir bicara
  • BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR
  • SHAHRUL AKBAR
  • LIFE is HARD to IMAGINE (^_____^ )/
  • :SpreaD The LoVe:
  • hidayahamin
  • lakaranHIDUPKU
  • Hatiku Ohikaku
  • I Love Allah

Bloger USIM

  • Students' Representative Council | Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Mieza
  • !!...*..ainasuhaluvherlife..*...!!
  • SPMM USIM
  • Bisikannuraniku
  • ♥perjalanan seorang hamba♥
  • Muhammad Nurishaq
  • Paan Lao
  • Ain Nasuha
  • MY HEART...
  • USIM Bloggers United
  • ~WELCOME to initiator WORLD~
  • Indahnya berusrah
  • One Step Closer

Rakan dari SAMTTAR

  • Sahabat Sejati
  • MENCARI CINTAMU ILLAHI

SENIOR

  • Ustz Saiful
  • Ustzh Husna
  • It's my Life!
  • N.A.S.nurulainshohor
  • Ustzh yasmeen
  • Ustzh Atikah
  • LAYAR AKSARA TARBIYYAH...
  • TOWARDS GENERATING ISLAMIC PROFESSIONAL
  • Ustaz Munzir

Salam Ta'aruf.. ;)

My photo
IZZATUL HANIS SHAARI
Hanya seorang insan yang masih mencari diri dan kemanisan iman..
View my complete profile

posting

  • ►  2018 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2016 (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2015 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (5)
    • ►  June (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (31)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ▼  August (5)
      • --> Hijab Cinta-Mu
      • --> Hari yg dinanti-nantikan
      • --> Cara Pemakaian Tudung
      • --> ikhlaskah aku menjadi guru?
      • --> ilmu itu Ahmad Albab yg punya... hahaha... ???
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (5)
    • ►  March (2)
    • ►  February (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (39)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (3)
    • ►  June (20)

Langkahku...

  • aktiviti USIM (3)
  • idola (4)
  • Kata hati (25)
  • MUAMALAT (5)
  • Perkongsian ilmu (24)
  • secoret rasa (1)
  • wanita (5)

Jemput masuk

  • iluvislam
  • islam4peace.net
  • murabbi.net
  • saifulislam.com

~~Habibullah~~


click to create your own

~~ syukran ~~

click to create your own

~~Acuan Al-quran~~

~~Acuan Al-quran~~

Link Pelangi

(^_^)

Home Art


DASHBOARD

Picture Window theme. Powered by Blogger.