-->

SELAMAT DATANG (^^,)


Sohabi

Saturday, April 30, 2011

--> Macam manalah keadaan aku nanti ye...?

Bismillahirrohmanirrohim...


Pada suatu malam ni, ana ada terbaca statement di facebook. Ianya berkaitan dengan situasi ketika kejatuhan Islam. Memang tersentuh hati ni bile baca ayat tu.. Pada waktu itu, manusia tidak akan lagi kenal apa itu sembahyang,puasa,haji.. kirenye macam da tak tau ape2la.. sedihla.. terkenangkan nasib keturunan sendiri lak.. macam manalah agaknya anak cucu nanti...(cewah,padahal x kawin lagi,xpe fikir mase akan datang).. bukan ape, cume kalau boleh biarlah keturunan kita ni menjadi orang yang berguna dan taat perintah Allah.. tak jadi ulama' pon xpela asalkan tak tersesat dengan dajal yang akan muncul nanti.. jadi klu kita nak keturunan kite ok... firstly kitala kene baik dulu... betol x?


jadi di sini ana nak kongsikan satu keadaan kite dalam kubur nanti..kite nak macam mana kat dalam kubur nanti? agak-agaknye nak senyum ke atau macam mana? ok jom kita tengok ape agak-agaknye ye yg perlu kita buat untuk dapat ape yg kite nak...


1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan di tempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tidak menutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri...harta yang haram. Merompak...harta haram. Melesapkan duit kawan...harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal.

Takutkan bile baca ni?... jadi sama-samalah kita perbaiki diri kita supaya kita dapat berada dalam keadaan yang baik...kata org husnul khotimah yg membawa maksud pengakhiran yang baik.. Ana pasti mesti semua org impikan husnul khotimah kan... jom kita ambil pengajaran darinye...

Waallahua'lam...
at 12:08 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Perkongsian ilmu
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Wednesday, April 27, 2011

--> Saat lafaz sakinah

Saat Lafaz Sakinah Lyrics & Chords

Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East
Heningnya….
Sunyi suasana….
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda
prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
at 9:34 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: wanita
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Sunday, April 17, 2011

--> Untuk Hawa


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,Bukan pada kemanisan bicaranya,
Yang menggoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
Memujuk rayu
Bukan dan tidak sama sekali
, Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik,
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu,
Serta pandangan dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai, Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu, Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya, Bersyukurlah atas apa yang ada Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama, Salam perjuangan untuk sahabatku semua...



at 6:02 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: wanita
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Sunday, April 10, 2011

--> Untuk Adam


Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.
Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?
Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.
Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.
Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.
Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.
-Artikel Iluvislam
at 8:08 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Kata hati
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Friday, April 1, 2011

--> Sukar untuk ku nyatakan...

Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum kpd semua...



                  Pada ketika ana mencatat kata-kata di alam maya ini, ana sedang bermain dengan hati yang dahagakan ketenangan iman. Alangkah tenangnya hati jika semuanya kerana Allah. Sukar untuk kita menggapainya tanpa keinginan yang mendalam. Hati yang yang kini bergelojak dengan ujian duniawi.



                  Hati ini cuba untuk menenangkan diri dengan janji-janji Allah kepada hambanya yang sabar.  Namun Ya Allah mengapa hamba terasa sungguh lemah dalam menjalani ujian-Mu ini Ya Allah.. Kau cicipkanlah harapan buat hamba-Mu yg lemah ini.



                Duhai rakan-rakanku, aku amat menyayangimu semua.. Tetapi mengapa kau lakukan sebegini padaku? aku keliru. Keliru sama ada ianya mainan perasaan ataupun aku yang terlalu emosi. Duhai rakan-rakanku.. aku ingin menjadi yg terbaik buatmu. Aku cuba untuk ikhlas dalam kita menjalan ukhwah ini. Namun, aku masih belum kuat untuk tidak mengharap kasih darimu jua. 



                Duhai rakan-rakanku, dengarlah rintihan hatiku ini yang inginkan kau di sisiku. Jujurku katakan padamu. Hidupku tanpamu tidak sempurna. Janganlah perlakukan aku sebegini.. Aku merintih dan mengharap kasih darimu yang bergelar rakan.. 




at 12:32 AM 5 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Kata hati
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Idea Bisnes untuk Pelajar Universiti

My Blackboard.. :)

Langkah kejayaan

Rasulallah bersabda;'Malu bagi lelaki itu baik,namun malu bagi wanita itu terlebih baik'.

..::i'll try to change::..

..::i'll try to change::..
"....Ya Allah berikanlah kami hidayah dan petunjuk agar terus dapat mengenali-Mu.."

..::ikhlas dariku::..

..::ikhlas dariku::..
“......Kecantikan yang hakiki terletak pada akhlaknya.....”

..::analisa siapa kita::..

".....brbicaralah dgn hati kita ttg iman,bncanglah dgn anggota ttg amalan,maka dgn itu dapatlah konklusi dan solusi untuk mnambah apa yg terkurang..." insha-Allah~

Sajak Aminah Qutb

Sekiranya
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

.....
.......

*Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya..

Habiburrohman

Habiburrohman
Sekiranya kita cinta pada manusia tak semestinya manusia cinta pada kita.Tetapi sekiranya kita cinta kpd Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

..::Langkah Menyokong Gaza::..

1) Ikuti kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh hero-hero di Gaza dengan bantuan Allah SWT setiap hari, seperti beberapa orang askar yahudi yang dapat ditewaskan dan beberapa buah kereta kebal yang dapat ditumpaskan

2) Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin seperti ceramah dan seminar.

3) Muat turun gambar-gambar kekejaman Zionis dan sebarkan seluas-luasnya melalui e-mail, telefon, print, dan sebagainya.

4) Ingat Palestin dalam doa dan solat.

5) Boikot! Boikot! Boikot! barangan Israel dan Amareka.

6) Jadikan isu Palestin topik penting perbincangan di kalangan kawan-kawan. jadikan ia isu pertama yang kamu bicarakan selepas bertanya khabar seseorang..

The truely of beautiful

The truely of beautiful
“....Kecantikan batin boleh menambah kecantikan lahir, kecantikan lahir boleh mengurangkan kecantikan batin, kecantikan lahir tidak bererti tanpa kecantikan batin....”

Jalin Ukhwah

~SAHABAT~

  • LiveTheLife
  • Ukhti Zulaikha
  • .. Satu Fikrah , Satu Amal ..
  • Ukhti Jannah
  • Ukhti Sakinah
  • Perjuangan Belum Berakhir...
  • Perjalanan Menuju CintaNYA~
  • |mujaheedahgoten|
  • PELAPIS GOLONGAN MASHOORI
  • Ukhti Saliha
  • [jalanstraightdontbelok2]
  • generasi Muda
  • Akhi Luqman
  • Ukhti Fatin
  • Ukhti Afifah

best blog =]

  • temerity
  • MENCARI DAN TERUS MENCARI DAMAI YANG HILANG
  • Bayyinat
  • It's Life... Wake up from the past =)
  • BroHamzah
  • Secangkir bicara
  • BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR
  • SHAHRUL AKBAR
  • LIFE is HARD to IMAGINE (^_____^ )/
  • :SpreaD The LoVe:
  • hidayahamin
  • lakaranHIDUPKU
  • Hatiku Ohikaku
  • I Love Allah

Bloger USIM

  • Students' Representative Council | Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Mieza
  • !!...*..ainasuhaluvherlife..*...!!
  • SPMM USIM
  • Bisikannuraniku
  • ♥perjalanan seorang hamba♥
  • Muhammad Nurishaq
  • Paan Lao
  • Ain Nasuha
  • MY HEART...
  • USIM Bloggers United
  • ~WELCOME to initiator WORLD~
  • Indahnya berusrah
  • One Step Closer

Rakan dari SAMTTAR

  • Sahabat Sejati
  • MENCARI CINTAMU ILLAHI

SENIOR

  • Ustz Saiful
  • Ustzh Husna
  • It's my Life!
  • N.A.S.nurulainshohor
  • Ustzh yasmeen
  • Ustzh Atikah
  • LAYAR AKSARA TARBIYYAH...
  • TOWARDS GENERATING ISLAMIC PROFESSIONAL
  • Ustaz Munzir

Salam Ta'aruf.. ;)

My photo
IZZATUL HANIS SHAARI
Hanya seorang insan yang masih mencari diri dan kemanisan iman..
View my complete profile

posting

  • ►  2018 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2016 (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2015 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (5)
    • ►  June (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (31)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ▼  April (5)
      • --> Macam manalah keadaan aku nanti ye...?
      • --> Saat lafaz sakinah
      • --> Untuk Hawa
      • --> Untuk Adam
      • --> Sukar untuk ku nyatakan...
    • ►  March (2)
    • ►  February (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (39)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (3)
    • ►  June (20)

Langkahku...

  • aktiviti USIM (3)
  • idola (4)
  • Kata hati (25)
  • MUAMALAT (5)
  • Perkongsian ilmu (24)
  • secoret rasa (1)
  • wanita (5)

Jemput masuk

  • iluvislam
  • islam4peace.net
  • murabbi.net
  • saifulislam.com

~~Habibullah~~


click to create your own

~~ syukran ~~

click to create your own

~~Acuan Al-quran~~

~~Acuan Al-quran~~

Link Pelangi

(^_^)

Home Art


DASHBOARD

Picture Window theme. Powered by Blogger.