-->

SELAMAT DATANG (^^,)


Sohabi

Sunday, September 23, 2018

Kini aku kembali

Hampir 2 tahun saya tidak mencatat kisah di sini. Kehidupan saya teruskan juga walau ada ujian dan cabaran sepanjang 2 tahun ini. Kini saya sudah mempunyai seorang anak. Lelaki. Alhamdulillah Allah izinkan saya untuk merasai nikmat menjadi seorang ibu.

Tak dinafikan menjadi seorang ibu yang sepenuh masa sangat menguji kesabaran. iye lah mana taknya, anak yang masih kecil yang belum mengerti banyak perkara. Baginya kehidupan ini indah. Penuh dengan kegembiraan.

Menjadi seorang ibu ini  sebenarnya tugasnya amatlah berat. Dek kerana ini adalah amanah Allah, ku kuatkan juga langkah ini, ku tenangkan jua hatiku, ku lapangkan jua semua permasalahan yang timbol. Hakikatnya semua ini berlaku atas izin Allah.

Anak meragam itu juga atas keizinan Allah. Ujian buat orang tuanya. Allah mahu menilai tahap kesabaran hambanya. Benarlah sabar itu sebahagian dari iman. Kenapa sabar sebahagian iman? jika kita lihat, kesabaran bersifat dari dalam. Jadi jika jiwa kita punya iman maka, hati akan tenang dan wujudnya sifat sabar

Anak buat sepah
"astaghfirullahhalazim....."
ucapkanlah kata-kata ini. Kerana kita ingat yang membuatkan anak buat sepah ialah Allah. Allah nak uji tahap keimanan hambanya melalui anak. Jika kita berjaya, alhamdulillah ganjarannya bakal tiba.

oklah buat masa ni kita update ini dulu. Jumpa lagi 😊
at 1:10 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: secoret rasa
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Sunday, February 14, 2016

--> Senyumlah walau hati sedang sedih

Assalamualaikum semua...



Alhamdulillah masih lagi dikurniakan hayat walau diri ini banyak melakukan dosa. Tajuk kali ini sebenarnya ada kaitan dgn perasaan saya sekarang. Perasaab sedih yang datang ni pun kurniaan Allah untuk hambanya merasai rencah kehidupan di dunia ni... Alhamdulillah saya merasa sedih...

Tidak dinafikan susah untuk tetap tersenyum jika kita punyai sesuatu yang sedang mengganggu perasaan kita. Namun jika kita pilih untuk senyum sebenarnya kita cuba untuk menguatkan diri kita. Dengan mengingati Allah hatimu akan tenang... Alhamdulillah...

Kesedihan, kegembiraan, kemiskinan dan kekayaan semuanya adalah ujian dari Allah.. Semoga semua itu akan membuatkan kita lebih mengingati Allah dalam apa jua keadaan. Ujian yang dalam hidup saya ni membuatkan saya berfikir sedalamnya. Saya temuinya dalam solat. Alhamdulillah. Benarlah kata Allah. Dengan mengingatiNya hati akan tenang.

Ini antara tips yang saya temui dalam diri saya untuk terus TERSENYUM DALAM HATI YANG SEDIH :-

1) Dekatkan diri pada Allah, SOLAT JANGAN TINGGAL.
2) Elakkan dari berfikir tentang perkara yang menyedihkan hati kamu.
3) Bangun malam. QIAMULLAIL...

Ini antara mengajaran dan cara yang saya boleh sarankan kepada sesiapa yang sedang bersedih.. Mungkin boleh membantu sedikit sebanyak.. Sebenearnya saya pernah bercakap dgn sahabat baik saya apabila kami ditimpa kesedihan yang melampau, " KUATKAN IMAN".

Pada masa tu saya mengeluarkan kata-kata itu dengan keyakinan bahawa itu sahajalah ubat untuk hilangkan kesedihan. Saya sendiri tak sanggup nak melihat kesedihan sahabt baik saya tu. Setelah beberapa bulan, saya pula merasakan kesedihan yang pernah dia rasakan, saya lupa akan kata-kata saya.

Alhamdulillah akhirnya saya sedar bahawa DENGAN MENGINGATI ALLAH HATIKAN TENANG. Semoga lauahan ini dapat membantu para pembaca meringankan kekusutan khususnya bagi mereka yang sedang tersenyum dalam kesedihan..

Saya dialog dalam hati saya ;

Duhai hati,
Kuatlah kamu,
Gembirakanlah hati kamu,
Cinta bermaksud kita mahu yang terbaik untuknya,
Cinta bermaksud kita yakin denganNya,
Teruskanlah tersenyum,
Agar hatuku bisa Redha akan ketentuanNya,
bersabarlah...
Allah maha mengetahui...
Yakinlah akan perasaanmu,
Jika perasaanmu itu baik,
serahkanlah ia pada Allah...
Tidak perlu kau luahkan pada manusia hina dina...
Jadilah wanita solehah...
Itu sasaranmu kini...!!!!

Allahua'lam.. Segala yang saya kongsikan ini diharap dapat dijadikan sebagai motivasi. Jika baik ambillah, jika sebaliknya maafkanlah saya. 

Akhir sekali, sebuah sajak yang hendak saya persembahkan;

Saat kita menempuhi onak duri dunia
Derita sekali sekala mencuit hati
Hati remuk menangis tidak henti
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi
Dalam terharu, air mata tertumpah juga

Wahai hamba ILAHI
Begitulah kehidupan di dunia
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka
Apa yang ALLAH aturkan untuk kita
Adakalanya kita tersangat gembira, Adakalanya kita tersangat kecewa

Namun… Jangan risau manusia
ALLAH itu tuhan kita, Tuhan yang Maha Luas Kasih SayangNya
Percayalah, ALLAH tidak akan menduga hambaNya
Kecuali untuk melihat hambaNya
Tersenyum di sana, Tertawa di sana, Berbahagia di sana
Insya’Allah di Syurga, Yang mengalir dibawahnya
Sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
Oh, indahnya!

Di dalam hati manusia ada kekusutan
Dan tidak akan terurai, Kecuali menerima kehendak ALLAH S.W.T.

Wahai hamba ALLAH,
Jangan bersedih,  kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin
dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya.

Kesedihan demi kesedihan
Bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan
Dan dunia yang luas dirasakan sempit Dan tidak lagi berguna.

Padahal dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada ALLAH
Untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah
Serta bebas daripada rasa kesedihan.

Gara-gara kesedihan
Air yang manis akan terasa pahit
Makanan lazat terasa hambar
Bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu

Ingatlah
Tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata
Mengalir hangat di pipi
Lantaran terasa diri kita begitu kerdi di sisi ALLAH
Dan begitu berdosanya diri kita di sisi ALLAH

Wahai hamba ALLAH
Lihat disekeliling kamu
Dan teguhkan pendirianmu
Sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah putus asa
Senyuman yang kau berikan
Dan air mata yang kau titiskan
Simpan… jadikan tauladan
Segala yang kau pandang dan dengar
Simpan buat pedoman…


at 12:29 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Saturday, February 6, 2016

--> Sejarah yang tinggal

Assalamualaikum... =)


Aku tak akan berhenti,
Menemani dan menyayangimu,
Hingga matahari tak terbit lagi,
Bahkan bila aku mati,
Ku kan berdoa pada Ilahi,
Untuk satukan kami di Jannah nanti,

Saya mulakan dengan bait kata-kata di atas. Keresahan dan kesedihan di dalam dada ku rawat agar saya lebih tenang untuk menghadapi kehidupan yang mendatang. Segalanya saya serahkan pada Ilahi. Keimanan dan keyakinan ku pada kehidupan akhirat dan kasih sayang Allah sahaja yang mampu memberikan ku kekuatan untuk jalani hidup ini..

Semalam saya penat sangat, balik kerja badan dah letih, tapi tetap push diri sendiri untuk baca journals dan tulis assignment sikit-sikit. Bila kepala dah sakit sangat, tengok jam dah pukul 1 pagi. Tengok cermin mata dah merah. Ok that's it, saya tutup komputer dan bersiap sedia untuk tidur.

So basically, today i wasn't in a very good shape. Sampai bila kawan sebelah nak uji sikit "Mas what day is today?" 

Saya fikir lama. Mahu setengah jam, untuk jawapan, "Wednesday, eh?" 

Saya rasa saya tak adil pada diri sendiri, lalu saya mesej seorang sahabat dan sepupu yang paling rapat -- hari ni nak push diri baca journals ke nak rileks dulu tengok movie? Kedua-duanya jawab : Rilek dulu, dont go so hard on yourself. Telur kalau genggam kuat-kuat pun boleh pecah. 

Agaknya hati kita pun macam tu juga, kan? Kadang-kadang rasa penat sangat, kadang-kadang rasa dah letih. Apa yang perlu kita buat bila rasa macamtu bukanlah STOP, tapi PAUSE.

Berhenti sejenak, tarik nafas, tinggalkan perkara-perkara yang melelahkan, cipta satu kegembiraan yang baru.

Oh ya. Gembira itu pula adalah amat subjektif. Kita silap bila kita meletakkan kegembiraan kita pada paras kebahagiaan orang lain. Kita rasa --

Oh, orang tu banyak duit dia bahagia.
Oh, orang tu ada pasangan dia bahagia,
Oh, orang tu ada kerja hebat dia bahagia.

Sampai kita membanding-bandingkan mereka dengan diri kita hingga kita terlupa untuk bersyukur. Kita rasa kita tak bahagia. Kita rasa kitalah yang paling malang dalam dunia.

Sebenarnya kita salah. Kita ada bahagia kita yang tersendiri.

Mungkin kita ada ibu bapa yang memahami… itu sudah cukup membahagiakan.
Mungkin kita ada kelengkapan diri… itu sudah cukup membahagiakan.
Mungkin kita tak punya wang berjuta, tapi cukup buat diri sendiri… itu sudah cukup membahagiakan.

Apa yang penting, selagi mana kita asyik membanding-bandingkan dan tidak bersyukur dengan apa adanya, kita takkan bahagia.

Lalu berhentilah membataskan kebahagiaan kita pada paras kebahagiaan manusia yang lainnya.

Kerana hakikatnya -- diri kita, jiwa kita, hati kita, keadaan kita --

Tidaklah sama.

Let's start each day with a grateful heart! ��

Hajat doa selalu ya?

Salam cinta :) 


at 12:02 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Tuesday, December 15, 2015

--> Masam Manis Kehidupan

Assalamualaikum semua...

kehidupan kita sebagai manusia ni macam-macam kan rencahnya? apa yang berlaku semua dah tertulis di lukh mhfuz... bagi manusia yg penoh ilmu di dada akan tenang hadapi ujian tersebut... tapi manusia juga ada hati dan perasaan.

Perasaan sedih, kecewa, marah, suka, sebak dan berbagai-bagai lagi Allah kurniakan utk manusia. Tak terlepas jug sifat hasad dan dengki. Manusia jika syaitan dan nafsu menguasai segala-galanya akan terzahir.

Tetapi persoalannya mengapa perlu timbulnya perasaan itu? mengapa di dunia ini ada sifat iri hati, busuk hati terhadap kebahagiaan org lain? apa motifnya? sudah tentu banyak agendanya. pelbagi rancangan di atur dgn rapi agar segalanya berjalan baik mengikut perancangan.

Sehinggakan ada peribahasa mengatakan "Tikam kawan dari belakang".. fahamkan apa dia maksudnya... peribahasa ni jelas menunjukkan adanya sifat ini dikalangan manusia. itulah rencah kehidupan. Antara kenangan pahit yang sukar dilupakan bagi mana-mana manusia pon.

Bagi sesiapa yang punyai perasaan dan sedang mengalami perkara ini, kuatkanlah semangat anda.. kuatkan semangat diri.. Yakin akan kuasa tuhan. Tepuk dada tanya iman, apa yg anda mahukan dengan semua ini dalam hidup anda.. Tuhan Maha Adil dan Mengetahui..

Luahan ini ku coretkan atas apa yang bermain di fikiran ku, maafkan atas segala kesalahanku sepanjang penulisan yang mungkin terlebih emosi atau terlebih negetifnya..

Walau apa pon, tabahlah wahai hati... Kau ada Allah, Yakinlah dengan Tuhanmu, Yakinlah dengan 
at 8:34 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Saturday, November 28, 2015

--> kemuraman

ketika hati sedang tidak tahu apa yg dirasa,
pegangglah dada,
berbicaralah dgn hati keimanan,
mengapa duhai hati?,
adakah krn engkau sedang bersedih?,
adakah kerana engkau sedang menahan kesedihan yg dpt kau ungkapkan?,
apa jua persoalan,
sabarlah duhai hati,
kerana Kau Mampu dan Kuat... {¥}

Hati manusia kadang diri sndiri pon tak tahu apa yg dirasa,
terbatasnya fikiran manusia sehinggalan nak mengenali diri pon terasa payah,
Namun, jaoh disidut hati, sang hati sedang bersedih dan kesepian...
Perkara yg sudah berlalu tak mungkin dipadam,
berbekalkan kekuatan dlm tangisan,
sang hati tetap tabahkan jua...

at 11:11 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI

Monday, February 23, 2015

--> RaWatAn..

Assalamualaikum... =)



Iman dalam diri adakalanya naik dan turun tetapi tidak kepada para anbiak. Iman mereka sentiasa tetap dan makin bertambah.  Rasa-rasanya ada tak cara nak kuatkan iman atau nak naikkan smgt iman semula??

Jom cuba ni..!!!

1. TePis DosA kEciL dan BesAr DaN BaNyakKan MeLataH Baik, Ada mElaTah bAiK dgn TaK ke?? MaKsuD sY iALah BerIstiGhfar sEnaNtIaSa.

2. DatE keNa PerGi 5 Kali SeHarI. On TimE TAU!!.. hee

3. KaWan dan BerSahaBat dgN suMe Org Dan KutiP iLmu yG bAik.

antaranya mcm tulah, ada cara lain lagi.. tp untuk permulaan boleh mulakan dengan step yg ni dulu..


dari insan kerdil penoh Dosa
at 11:11 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by IZZATUL HANIS SHAARI
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Idea Bisnes untuk Pelajar Universiti

My Blackboard.. :)

Langkah kejayaan

Rasulallah bersabda;'Malu bagi lelaki itu baik,namun malu bagi wanita itu terlebih baik'.

..::i'll try to change::..

..::i'll try to change::..
"....Ya Allah berikanlah kami hidayah dan petunjuk agar terus dapat mengenali-Mu.."

..::ikhlas dariku::..

..::ikhlas dariku::..
“......Kecantikan yang hakiki terletak pada akhlaknya.....”

..::analisa siapa kita::..

".....brbicaralah dgn hati kita ttg iman,bncanglah dgn anggota ttg amalan,maka dgn itu dapatlah konklusi dan solusi untuk mnambah apa yg terkurang..." insha-Allah~

Sajak Aminah Qutb

Sekiranya
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

.....
.......

*Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya..

Habiburrohman

Habiburrohman
Sekiranya kita cinta pada manusia tak semestinya manusia cinta pada kita.Tetapi sekiranya kita cinta kpd Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

..::Langkah Menyokong Gaza::..

1) Ikuti kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh hero-hero di Gaza dengan bantuan Allah SWT setiap hari, seperti beberapa orang askar yahudi yang dapat ditewaskan dan beberapa buah kereta kebal yang dapat ditumpaskan

2) Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin seperti ceramah dan seminar.

3) Muat turun gambar-gambar kekejaman Zionis dan sebarkan seluas-luasnya melalui e-mail, telefon, print, dan sebagainya.

4) Ingat Palestin dalam doa dan solat.

5) Boikot! Boikot! Boikot! barangan Israel dan Amareka.

6) Jadikan isu Palestin topik penting perbincangan di kalangan kawan-kawan. jadikan ia isu pertama yang kamu bicarakan selepas bertanya khabar seseorang..

The truely of beautiful

The truely of beautiful
“....Kecantikan batin boleh menambah kecantikan lahir, kecantikan lahir boleh mengurangkan kecantikan batin, kecantikan lahir tidak bererti tanpa kecantikan batin....”

Jalin Ukhwah

~SAHABAT~

  • LiveTheLife
  • Ukhti Zulaikha
  • .. Satu Fikrah , Satu Amal ..
  • Ukhti Jannah
  • Ukhti Sakinah
  • Perjuangan Belum Berakhir...
  • Perjalanan Menuju CintaNYA~
  • |mujaheedahgoten|
  • PELAPIS GOLONGAN MASHOORI
  • Ukhti Saliha
  • [jalanstraightdontbelok2]
  • generasi Muda
  • Akhi Luqman
  • Ukhti Fatin
  • Ukhti Afifah

best blog =]

  • temerity
  • MENCARI DAN TERUS MENCARI DAMAI YANG HILANG
  • Bayyinat
  • It's Life... Wake up from the past =)
  • BroHamzah
  • Secangkir bicara
  • BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR
  • SHAHRUL AKBAR
  • LIFE is HARD to IMAGINE (^_____^ )/
  • :SpreaD The LoVe:
  • hidayahamin
  • lakaranHIDUPKU
  • Hatiku Ohikaku
  • I Love Allah

Bloger USIM

  • Students' Representative Council | Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Mieza
  • !!...*..ainasuhaluvherlife..*...!!
  • SPMM USIM
  • Bisikannuraniku
  • ♥perjalanan seorang hamba♥
  • Muhammad Nurishaq
  • Paan Lao
  • Ain Nasuha
  • MY HEART...
  • USIM Bloggers United
  • ~WELCOME to initiator WORLD~
  • Indahnya berusrah
  • One Step Closer

Rakan dari SAMTTAR

  • Sahabat Sejati
  • MENCARI CINTAMU ILLAHI

SENIOR

  • Ustz Saiful
  • Ustzh Husna
  • It's my Life!
  • N.A.S.nurulainshohor
  • Ustzh yasmeen
  • Ustzh Atikah
  • LAYAR AKSARA TARBIYYAH...
  • TOWARDS GENERATING ISLAMIC PROFESSIONAL
  • Ustaz Munzir

Salam Ta'aruf.. ;)

My photo
IZZATUL HANIS SHAARI
Hanya seorang insan yang masih mencari diri dan kemanisan iman..
View my complete profile

posting

  • ▼  2018 (1)
    • ▼  September (1)
      • Kini aku kembali
  • ►  2016 (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2015 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (5)
    • ►  June (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (31)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (5)
    • ►  March (2)
    • ►  February (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (39)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (3)
    • ►  June (20)

Langkahku...

  • aktiviti USIM (3)
  • idola (4)
  • Kata hati (25)
  • MUAMALAT (5)
  • Perkongsian ilmu (24)
  • secoret rasa (1)
  • wanita (5)

Jemput masuk

  • iluvislam
  • islam4peace.net
  • murabbi.net
  • saifulislam.com

~~Habibullah~~


click to create your own

~~ syukran ~~

click to create your own

~~Acuan Al-quran~~

~~Acuan Al-quran~~

Link Pelangi

(^_^)

Home Art


DASHBOARD

Picture Window theme. Powered by Blogger.